ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 1 Februari 2022.
1. Menteri Kabinet harap Tahun Harimau bawa kemakmuran
Menteri Kabinet ucap Selamat Tahun Baharu Cina kepada rakyat yang menyambutnya, dengan harapan tuah Tahun Harimau terus membawa kemakmuran dan kekuatan kepada Keluarga Malaysia.
2. Syed Saddiq nafi dakwaan ada banglo
Bekas Menteri Belia dan Sukan itu menafikan dakwaan seorang pemilik akaun Twitter bahawa beliau memiliki sebuah banglo, sebaliknya kata Presiden Muda itu, beliau menyewa rumah terbabit.
3. Lesen terbang mungkin 'penipuan dalam talian' - JPJ
Jabatan Pengangkutan Jalan tidak menolak kemungkinan kegiatan menjual 'lesen terbang' secara dalam talian mempunyai kaitan dengan sindiket penipuan dalam talian atau 'scammer'.
4. PRN Johor: PN muktamad senarai calon minggu depan - Muhyiddin
Perikatan Nasional (PN) akan memutuskan senarai calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor minggu depan, kata Pengerusinya Tan Sri Muhyiddin Yassin.
5. MyCC tubuh pasukan khas siasat kemungkinan wujud kartel dalam industri ayam, telur ayam
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Iskandar Ismail berkata, tindakan itu adalah selaras dengan arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mengarahkan MyCC menyiasat isu tersebut dalam usaha menyelesaikan kenaikan harga ayam dan telur ayam.
6. Malaysia lebih bersedia hadapi lonjakan kes Omicron - Khairy
Malaysia dilihat lebih bersedia untuk menangani lonjakan kes COVID-19 varian Omicron selain berpengalaman dalam melindungi golongan rentan, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
7. Lelaki maut di parkir kondominium ditembak dua lelaki bermotosikal - Polis
Dua lelaki bermotosikal dan bersenjata api dipercayai telah menembak mati seorang lelaki tempatan dalam kejadian di tempat letak kereta sebuah kondominium mewah di Jalan Baru, Perai, malam Isnin.
8. Vaksin Pfizer kanak-kanak bawah 5 tahun dijangka siap akhir Februari
Memetik laporan Washington Post, bekalan dos vaksin COVID-19 untuk kanak-kanak bawah usia lima tahun itu dijangka siap menjelang akhir bulan ini.
9. Bot pelancong berlanggar di Kuala Besut bawa penumpang berlebihan - Jabatan Laut
Bot pelancong terlibat dalam insiden pelanggaran dengan sebuah bot nelayan di muara Sungai Besut di Jeti Pelancongan Kuala Besut petang semalam, didapati membawa penumpang berlebihan iaitu seramai 29 orang, berbanding 12 yang dibenarkan.
10. Kebakaran tapak pelupusan sampah Pulau Burung berjaya dipadamkan sepenuhnya
Selepas tiga minggu terbakar, tapak pelupusan sampah Pulau Burung di Nibong Tebal, Pulau Pinang akhirnya berjaya dipadamkan sepenuhnya hari ini.
Astro Awani
Tue Feb 01 2022
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 1 Februari 2022.
Jimat kos, majlis kahwin beramai-ramai semakin popular di Mexico
Sejumlah pasangan diraikan dalam satu majlis perkahwinan beramai ramai di Mexico City pada Jumaat.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 19 Jun 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 13 Jun 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 April 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 3 Mac 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 29 Februari 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 20 Februari 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 8 Februari 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 7 Februari 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 2 Februari 2024.