ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 8 Februari 2022.

1. PRN Johor: SPR bermesyuarat esok tentukan tarikh-tarikh penting

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bakal bermesyuarat di Johor Bahru esok bagi menentukan tarikh-tarikh penting berkenaan perjalanan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

2. COVID-19: Rt 1.32, Malaysia sekali lagi catat kadar kebolehjangkitan tertinggi

Malaysia sekali lagi mencipta rekod tertinggi bagi kadar kebolehjangkitan (R-naught atau Rt) COVID-19, sejak pandemik bermula dua tahun lalu.

3. COVID-19: MPN syor sempadan negara dibuka sepenuhnya 1 Mac ini

Majlis Pemulihan Negara bersetuju untuk membuka sempadan negara sepenuhnya seawal 1 Mac ini, tanpa perlu melakukan kuarantin wajib, kata pengerusinya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

4. COVID-19: Jangkitan baharu meningkat ke 13,944 kes hari ini

Sebanyak 13,871 kes bersamaan 99.48 peratus merupakan pesakit kategori satu dan dua, manakala 73 kes bersamaan 0.52 peratus merupakan kategori tiga, empat dan lima.

5. Sekatan pergerakan? Tiada pusingan U, kata Muhyiddin

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) itu memberitahu, pengalaman sebelum ini ketika negara mendepani COVID-19 sudah memadai untuk kerajaan menguruskan situasi semasa.

6. Tiada lagi keperluan imbas suhu badan, hanya perlu 'scan' MySejahtera - Hishammuddin 

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, sebaliknya setiap individu hanya memadai dengan merekodkan butiran diri menerusi imbasan aplikasi MySejahtera.

7. Salah faham tentang kesan sampingan mungkin punca ramai warga emas enggan dapatkan booster

Pakar Kesihatan Awam, UPM, Prof Madya Dr Malina Osman berkata, angka yang menunjukkan masih ramai warga emas tidak mengambil dos penggalak mungkin berpunca daripada tiadanya penerangan yang betul tentang kepentingan dan kesan sampingan yang mungkin dialami.

8. "Lepas kacau Muhyiddin, kacau Tok Guru pula" - Wan Saiful

UMNO dan Barisan Nasional (BN) kini semakin giat melakukan pembunuhan karekter kepada pemimpin-pemimpin kanan Perikatan Nasional (PN), dakwa Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan.

9. PRN Johor: SOP ditentukan oleh SPR, bukan kerajaan - Hishammuddin

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menjelaskan, kerajaan hanya boleh memberi pandangan mengenai pelaksanaan SOP itu, namun keputusan terakhir adalah terletak di tangan SPR.

10. Malaysia ikut kehendak Arab Saudi wajibkan dos penggalak ke atas jemaah umrah - Idris

Prosedur operasi standard (SOP) baharu yang mewajibkan pengambilan dos penggalak ke atas jemaah umrah Malaysia adalah berdasarkan kepada kehendak Kerajaan Arab Saudi, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad.