ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 25 Februari 2022.


1. Gempa 6.2 magnitud landa Indonesia, gegaran dirasai hingga ke Malaysia

Gegaran turut dirasai di beberapa kawasan di Lembah Klang, termasuk Kuala Lumpur, Port Klang dan Cyberjaya.



2. Aplikasi 'Rain Alarm' alternatif bantu pantau ramalan cuaca - Polis

Aplikasi itu juga dapat memberi gambaran awal terhadap taburan hujan di sesuatu kawasan yang berkemungkinan boleh berlaku banjir.


3. 42 kawasan Shah Alam, Klang, Petaling alami gangguan air

Ia susulan terdapat kerosakan sistem elektrikal di Rumah Pam Jelutong U8.


4. Perbincangan meja bulat bincang isu penukaran agama tiga beradik pada Rabu - Idris

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, perbincangan berkenaan akan turut melibatkan pakar dalam bidang antaranya agama, perundangan dan sebagainya.


5. Pantai Timur kembali dilanda banjir

Hujan lebat berterusan di negeri-negeri di Pantai Timur sejak dua hari lepas menyebabkan beberapa daerah di Terengganu, Pahang dan Kelantan kembali dilanda banjir.


6. 1MDB dakwa Jho Low pengarah bayangan syarikatnya

1Malaysia Development Berhad (1MDB) mendakwa ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low adalah pengarah bayangan dalam syarikat pelaburan strategik itu kerana beliau proksi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam memberi arahan kepada lembaga pengarah dan pengurusan kanan 1MDB.


7. Perdana Menteri ulangi jaminan tidak akan tutup sektor ekonomi dan industri

Perdana Menteri berkata rakyat Malaysia perlu untuk hidup bersama COVID-19 selepas dua tahun melawan penularan virus itu.


8. 1MDB: SPRM rekod keterangan Rohana Rozhan

Sumber SPRM memaklumkan, siasatan itu dibuat susulan kenyataan bekas pegawai bank Goldman Sachs Group Inc, Tim Leissner berkait kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


9. Kalau JDT kalah esok, saya tinggalkan bola sepak - TMJ

Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim akan 'meninggalkan' sukan bola sepak jika pasukan itu tewas kepada Kuala Lumpur City (KL City) dalam persaingan merebut Piala Sumbangsih 2022, esok.


10. Pembukaan semula PKRC MAEPS bukan tanda 'red flag' - Khairy

Pembukaan semula Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) bukan petanda penularan kes berada pada tahap serius di negara ini.