Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 28 Februari 2022.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 28 Februari 2022.
Demikian antara rangkap pantun nasihat dititahkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-14 pada Isnin.
2. Jumlah mangsa banjir di Kelantan, Terengganu meningkat pagi ini
Situasi banjir di Terengganu dan Kelantan terus menunjukkan peningkatan dengan seramai 19,626 mangsa berada di PPS.
Kesemua 385 pelancong yang terkandas di Pulau Perhentian di sini sejak Jumaat lepas dibawa keluar daripada pulau tersebut mulai pagi ini.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekali lagi merekod keterangan Datuk Rohana Rozhan pada Isnin.
Seorang penjawat awam lelaki kerugian RM711,626 selepas diperdaya oleh sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai mahkamah dan polis di sini tahun lepas.
Tindakan calon Perikatan Nasional (PN), Alwiyah Talib yang melompat parti ternyata menyinggung perasaan jentera parti UMNO yang telah banyak berkorban dalam membantu kemenangan calon itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Sebatang pokok hujan-hujan (Samanea Saman) yang berusia 135 tahun di Raintree Walk, Taman Tasik Taiping yang tumbang seminggu lalu berjaya ditegakkan semula.
Keputusan untuk melompat parti daripada Barisan Nasional (BN) ke Bersatu disifatkan sebagai satu langkah untuk memperjuangkan rakyat di Mersing kata calon Perikatan Nasional (PN), Alwiyah Talib.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memohon menangguhkan prosiding rayuan berkaitan bukti baharu dalam usahanya untuk mengetepikan sabitan dalam kes melibatkan dana SRC International Sdn Bhd, yang dijadualkan pada 15 dan 16 Mac di Mahkamah Persekutuan.
Pengembara dari luar negara yang tiba di Malaysia melalui tiga program tidak perlu lagi menjalani ujian enam hari COVID-19 Antigen Rapid Test Kit (RTK-Ag) (kendiri dan profesional) selepas ketibaan, bermula Khamis ini.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

