ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 1 Mac 2022.

1. Banjir: PM ke Pantai Timur esok, bakal umum bantuan

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadual ke Kelantan dan Terengganu esok susulan bencana banjir yang melanda dua negeri itu. 

2. Rasuah: Kerajaan janji tidak lindungi sesiapa, tiada pendakwaan terpilih - PM

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini memberi jaminan, kerajaan tidak akan melindungi mana-mana individu yang terlibat amalan rasuah, daripada didakwa. 

3. Tiada lagi perubahan status sebagai kontak kasual di MySejahtera - Khairy

Tiada lagi perubahan status di aplikasi MySejahtera sekiranya orang ramai dikesan sebagai kontak kasual (kuning) kepada kes positif COVID-19, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. 

4. Daripada Ketua Menteri, gelaran Abang Johari kini Premier Sarawak

Pindaan Rang Undang-Undang Perlembagaan Negeri mengenai istilah gelaran Ketua Menteri Sarawak kepada Premier berkuat kuasa hari ini.

5. PRN Johor: Dari kecil-kecilan, kini satu Malaysia 'cari' kambing Saiful Sahril

Berkongsi kehidupan bersama ternakan kambing, menjadi antara 'rahsia' kejayaan Saiful Sahril Saidali dalam mengusahakan bidang penternakan yang diceburinya sejak 14 tahun lalu.

6. Lima Ikhtiar BN untuk jadikan Johor lebih makmur - Hasni

Pengerusi BN Johor, Datuk Hasni Mohammad, ketika mengumumkan Ikhtiar itu berkata, melalui matlamat utama tersebut, Johor akan menjadi sebuah negeri yang makmur, didukungi naratif politik baharu yang matang lagi stabil.

7. Isu akaun dagangan: "Cukuplah, saya sudah jelaskan kepada ramai orang" - Azam Baki

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki bertegas tidak mahu lagi menjawab soalan mengenai kontroversi melibatkan akaun dagangan miliknya.

8. Krisis Rusia-Ukraine: Tujuh rakyat Malaysia terkandas selamat tiba di KLIA

Kumpulan itu yang sebelum ini terpaksa mengharungi perjalanan darat lebih 10 jam ke Warsaw, Poland, dalam usaha keluar dari Ukraine, tiba di KLIA jam 3.06 petang tadi.

9. Banjir: 708 calon SPM Kertas BM, BI boleh duduki peperiksaan pada April - Radzi

Calon yang terjejas kerana banjir dan tidak dapat menduduki peperiksaan Kertas Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) esok dan lusa akan mendudukinya pada sesi kedua April depan.

10. Malaysia runding VTL dengan 12 negara termasuk Korea Selatan, Australia, UK

Kerajaan sedang mengadakan rundingan dengan 12 negara bagi cadangan pelaksanaan kerjasama Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL), kata Kementerian Luar.