ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 3 Mac 2022.
1. Dakwaan hutang 1MDB belum dibayar tidak berasas - Tengku Zafrul
Jumlah keseluruhan hutang 1MDB bernilai kira-kira RM38.8 billion merangkumi RM32.3 bilion hutang prinsipal dan RM6.5 bilion faedah.
2. Wang ihsan umrah: 8,500 bakal jemaah mohon, ada yang tidak penuhi kriteria - Nancy
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menerima lebih kurang 8,500 permohonan daripada 19,000 bakal jemaah umrah.
3. Akaun bank boleh disekat jika disyaki terlibat salah guna akaun, aktiviti jenayah - Zafrul
Pihak bank boleh mengenakan sekatan ke atas mana-mana pelanggan atau akaun bank yang disyaki terlibat dalam penyalahgunaan akaun atau aktiviti jenayah.
4. Tiada aktiviti pembalakan haram di Tasik Kenyir - Jabatan Perhutanan Negeri
Tiada sebarang aktiviti pembalakan secara haram di sekitar Tasik Kenyir sehingga membawa impak kemusnahan yang sangat besar semasa banjir.
5. 115 kematian pada 2 Mac, tertinggi sejak Omicron melanda
Sebanyak 115 kematian akibat COVID-19 dilaporkan pada 2 Mac, jumlah tertinggi sejak varian Omicron melanda Malaysia.
6. Najib jangan ingat popular, orang cuma nak tengok 'perompak' - Muhyiddin
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diingatkan bahawa sambutan orang ramai sewaktu beliau turun berkempen di Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, bukan kerana Ahli Parlimen Pekan itu popular, atau diterima rakyat kembali.
7. 'Saya tidak pernah hadiri sebarang mesyuarat mengenai TIA' - Tengku Zafrul
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menafikan dakwaan bekas pengurus bank Goldman Sachs, Tim Leissner, yang beliau menghadiri mesyuarat mengenai Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) pada tahun 2009.
8. UMNO terlalu sombong, ghairah untuk adakan pilihan raya - Anwar
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) terlalu sombong dan mementingkan diri sendiri kerana ghairah untuk melaksanakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
9. Vaksin Sinovac untuk kanak-kanak 5-11 tahun diluluskan
Penggunaan vaksin "CoronaVac Suspension for Injection COVID-19 Vaccine (Vero Cell), Inactivated" keluaran Sinovac Life Sciences Co Ltd, China dan Pharmaniaga Lifescience Sdn Bhd, Malaysia kepada kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun, diluluskan.
10. Tubuh jawatankuasa khas siasat isu Azam Baki - Pengerusi PAC
Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Wong Kah Woh hari ini menggesa kerajaan menubuhkan satu jawatankuasa siasatan khas berhubung isu berkaitan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki.
Astro Awani
Thu Mar 03 2022
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 3 Mac 2022.
RUU mengenai hak kebebasan rakyat perlu perundingan lebih menyeluruh dengan ahli parlimen – Pegawai Ahli Parlimen
Pegawai Khas Ahli Parlimen Subang , Wong Ivan berkata perundingan dengan ahli-ahli parlimen perlu dilakukan dengan lebih menyeluruh dan diberi peruntukan masa yang lebih panjang untuk menilai sebarang usul Rang Undang-undang (RUU) yang dikemukakan oleh kerajaan. Jelasnya, perundingan ini adalah lebih mustahak apabila ia melibatkan yang memberi kesan kepada hak kebebasan rakyat untuk bersuara. #DialogAnakMuda
Hak kebebasan tidak akan tercapai selagi ‘Akta Sakit Hati’ masih wujud - SUARAM
Pengurus Program Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Azura Nasron berkata kebebasan bersuara yang hakiki tidak akan dapat dicapai selagimana masih ada peruntukan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588). Beliau mempertikaikan bahawa definisi ‘jelik melampau’ dalam peruntukan berkenaan tidak terlepas daripada kemungkinan akan disalahguna pada masa akan datang. #DialogAnakMuda
Pindaan Akta 588 tidak jamin persekitaran media sosial yang sihat – Ketua Pengarang Cilisos
Ketua Pengarang Cilisos Media, Iqbal Fatkhi berkata pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588) tidak menjamin persekitaran penggunaan media sosial yang sihat. Beliau mengkritik definisi ‘jelik melampau’ dalam Seksyen 233 Akta berkenaan yang masih tidak jelas dan samar. #DialogAnakMuda
Tekankan aspek penggunaan media sosial secara hemat pasca pindaan Akta 588 - Belia
Ahli Parlimen Belia Malaysia dan Yang Di Pertua Persatuan Alumni MFLS Universiti Malaya, Esther Ezhil Nanggai berkata belia perlu didedahkan dengan cara penggunaan media sosial yang berhemat susulan pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588). Jelasnya, peruntukan undang-undang tidak menjamin matlamat Akta berkenaan dicapai tanpa kesedaran dalam kalangan belia. #DialogAnakMuda
Komentar berunsur perkauman, agama masih perlu dikawal pasca pindaan Akta 588 - Belia
Ahli Parlimen Belia Malaysia Negeri Perak dan Setiausaha Politik Ahli Dewan Negeri (ADN) Canning, Tan Li Pei berkata sebarang kandungan, perkongsian dan komentar di media sosial masih perlu dikawal pasca pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588). Jelasnya, kawalan terhadap unsur-unsur perkauman dan agama bukan suatu bentuk menafikan hak kebebasan bersuara rakyat. #DialogAnakMuda
Bekas remisier didakwa tipu anak bekas Menteri Wilayah Persekutuan berhubung pembelian saham
Seorang bekas remisier mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen menipu anak bekas Menteri Wilayah Persekutuan dalam urusan pembelian saham pembekalan peralatan golf, tahun lepas.
Patuh, jangan naikkan harga sesuka hati
Para peniaga diingatkan patuh kepada harga maksimum dan tidak sesekali menaikkan harga barangan ketika musim perayaan Krismas.
Dua ditahan disyaki samun bersenjata, menyamar anggota polis
Suspek bersenjatakan pistol datang ke rumah seorang wanita warga Indonesia kononnya untuk tujuan pemeriksaan selain memperkenalkan diri sebagai anggota polis.
Penduduk Samarahan dinasihat tidak terburu-buru jual tanah
ADUN Asajaya, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, beliau yakin harga hartanah di Samarahan akan meningkat berkali-kali ganda pada masa akan datang.
Kerjasama strategik PETRONAS, institusi pendidikan di Sabah
Kerjasama strategik antara PETRONAS dan institusi pendidikan di Sabah penting dalam memperkasa pendidikan Teknik Dan Vokasional (TVET) serta membuka peluang pekerjaan kepada belia negeri ini.
menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, usaha PETRONAS melalui pelbagai usaha telah memberi manfaat besar kepada pelajar dan graduan institusi seperti Institut Latihan Teknik Dan Perdagangan Papar (ILTP) serta Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS).
menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, usaha PETRONAS melalui pelbagai usaha telah memberi manfaat besar kepada pelajar dan graduan institusi seperti Institut Latihan Teknik Dan Perdagangan Papar (ILTP) serta Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS).
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 12 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 9 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 7 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 6 Disember 2024.