ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 9 Mac 2022.

1. Tun M sahkan tidak bertanding PRU15, beri peluang kepada calon lebih muda

Menurutnya, ianya bagi memberi peluang kepada calon yang sesuai dan lebih muda untuk terlibat di dalam arena politik serta pilihan raya.

2. E-Testing: JPJ sedang laksanakan proses pembuktian konsep

Sebanyak empat buah syarikat telah memohon dan diberikan kelulusan untuk menjalankan aktiviti POC terbabit.

3. Singapura kerjasama dengan Malaysia perluas VTL darat - Laporan

Singapura sedang bekerjasama dengan Malaysia untuk membenarkan pengembara yang lengkap menerima vaksin COVID-19 melintasi sempadan darat melalui mod pengangkutan lain.

4. Adakah Ka Siong sibuk berkempen sehingga lupa tugas hakiki, tanya Anthony Loke

Itu persoalan dibangkitkan Anthony Loke Siew Fook (PH - Seremban) yang tidak berpuas hati apabila soalannya berkaitan e-testing Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hanya dijawab oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Henry Sum Agong.

5. Buka sempadan: Kerajaan perlu senaraikan negara yang dibenarkan- Tun Mahathir

Kerajaan disarankan untuk memperhalusi prosedur operasi standard (SOP) pembukaan semula sempadan negara 1 April depan dengan menyenaraikan negara-negara yang kurang berisiko dan selamat untuk memasuki Malaysia.

6. Kuala Lumpur adalah bandar raya, tidak sepatutnya jadi 'banjir raya' - Fahmi Fadzil

Ahli Parlimen pembangkang meluahkan kekesalan dengan kejadian banjir demi banjir yang melanda Kuala Lumpur sejak kebelakangan ini.

7. Program Citrawarna cetus kluster baharu di Sarawak, 21 disah positif

Sarawak mencatatkan satu lagi kluster COVID-19, melibatkan Program Citrawarna Keluarga Malaysia 2022 dengan 21 individu didapati positif COVID-19 termasuk kes indeks.

8. Isu hutang 1MDB: Najib minta Tony Pua sabar, penjelasan gerenti memuaskan

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi jaminan beliau akan memberikan penjelasan yang sewajarnya dalam Dewan Rakyat, berhubung kenyataan beliau tentang hutang 1MDB baru-baru ini.

9. PRN Johor: Apa beza buka sempadan 1 April dengan dua minggu awal? - Anwar

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan keputusan kerajaan yang hanya membuka pintu sempadan negara bermula 1 April, berbanding sebelum hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac ini.

10. Kita mengecewakan Tun Razak - Chandra Muzaffar

Pengerusi Pergerakan Keadilan Sejagat (JUST), Dr Chandra Muzaffar melihat kejayaan dan keselesaan dimiliki negara membuatkan ramai pemimpin selepas Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein, tidak mempunyai semangat sepertinya.