ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 30 Mac 2022.
1. Pensyarah didakwa hina pelajar B40 kerana tidak miliki komputer riba
Seorang pensyarah sebuah universiti negara didakwa menghina pelajarnya kerana tidak memiliki komputer riba.
2. KDNK Malaysia pada 2022 dijangka berkembang antara 5.3-6.3 peratus - BNM
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dijangka terus bertambah baik dengan berkembang antara 5.3 dan 6.3 peratus pada tahun 2022, meningkat daripada pertumbuhan 3.1 peratus pada 2021.
3. Kes pukul di kedai serbaneka: Polis panggil empat individu
Empat individu telah dipanggil polis bagi merakam keterangan berhubung kejadian melibatkan kes seorang lelaki dipukul di sebuah kedai serbaneka di Jalan Bukit Bintang di sini pada Selasa.
4. Sofia Raniya ditemui selamat
Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang tular di media sosial kerana dipercayai hilang dari sekolah di sini petang tadi, ditemui selamat.
5. MySejahtera: PAC akan mula prosiding, KJ dan Tengku Zafrul dua saksi terawal - Wong Kah Woh
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen memutuskan untuk memulakan prosiding berhubung Pembangunan dan Perolehan Aplikasi MySejahtera pada pertengahan April ini.
6. MySejahtera: Saya sedia 'menghadap' PAC - Tengku Zafrul
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sedia untuk memberi keterangan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung isu aplikasi MySejahtera.
7. Usahakan 'kebun' ganja di rumah: Bekas penyanyi nasyid dituduh di mahkamah esok
Seorang bekas penyanyi nasyid dan komposer yang ditahan atas dakwaan memiliki dan menanam pokok ganja di kediamannya akan dituduh di Mahkamah Petaling Jaya, di sini pada Khamis.
8. Saksi terkejut arahan pindah, musnah salinan asal laporan 1MDB
Bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr Madinah Mohamad memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau 'terkejut' apabila mengetahui Tan Sri Ambrin Buang dan pegawai Jabatan Audit Negara Datuk Nor Salwani Muhammad diperintahkan supaya meminda dan memusnahkan salinan asal Laporan Audit 1MDB.
9. Bella bagi tahu 'mommy' dia dicili, dijirus dengan air panas dan diikat - Saksi
Rakan baik kepada pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali hari ini memberitahu Mahkamah Sesyen di sini bahawa remaja perempuan sindrom Down dikenali sebagai Bella ada menceritakan kepadanya bahawa dia dicili, dijirus dengan air panas dan diikat.
10. Individu hilang status lengkap vaksin masih boleh makan di restoran, masuk pejabat
Individu yang hilang status lengkap vaksin bermula 1 April kerana tidak mendapat dos penggalak masih boleh melakukan aktiviti sama seperti mereka yang lengkap divaksinasi, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.