ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 2 Mei 2022.

1. Ribuan rakyat sertai YDP Agong tunai solat sunat Aidilfitri di ibu negara

Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan mencemar duli untuk bersama-sama menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama rakyat di Masjid Wilayah Persekutuan.


2. Menteri Kabinet ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri

Beberapa menteri Kabinet hari ini mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam.


3. Kelonggaran SOP: PM nasihat orang ramai terus berhati-hati

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sekali lagi menasihatkan masyarakat supaya kekal melakukan kawalan kendiri bagi mengelakkan dijangkiti wabak COVID-19.


4. Tragedi pagi Aidilfitri, wanita maut, suami dan anak cedera, kereta terbabas langgar pokok di Kuala Perlis

Seorang wanita maut, suami dan anaknya cedera apabila kereta yang dipandu suaminya terbabas dan melanggar pokok di Jalan Dato Ali, Kuala Perlis, awal pagi Aidilfitri.


5. Polis siasat 30 etnik Rohingya masuk Malaysia

Polis Kedah sedang menyiasat bagaimana 30 pendatang asing tanpa izin (PATI) etnik Rohingya, memasuki Malaysia melalui perairan negara pada jarak 1.68 Batu Nautika dari Pulau Lima, Langkawi semalam.


6. Pemandu Toyota Alphard tular pandu berbahaya direman tiga hari

Seorang pemandu Toyota Alphard yang dipercayai menjadi memandu secara berbahaya di lebuhraya Kuala Lumpur-Karak direman tiga hari bagi membantu siasatan polis.


7. Pemimpin parti politik syukur Aidilfitri disambut dalam suasana hampir normal

Pemimpin parti-parti politik melahirkan rasa syukur apabila Hari Raya Aidilfitri kali ini disambut dalam suasana yang hampir normal, selepas dua tahun terkesan dengan pandemik COVID-19.


8.COVID: KKM jangka kes Kategori 1, 2 meningkat selepas Aidilfitri

Kementerian Kesihatan (KKM) menjangkakan kes positif COVID-19 selepas sambutan Aidilfitri meningkat tetapi kebanyakan adalah Kategori 1 dan 2 iaitu tiada gejala dan gejala ringan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.9.


9. 2 lelaki cedera digigit anjing peliharaan

Dua lelaki mengalami kecederaan dengan seorang daripada mereka parah selepas dipercayai digigit anjing peliharaan di Taman Putera Pogun di sini, pada Isnin.


10. Tragedi Syawal, pelajar maut dilanggar motosikal ketika melintas jalan

Seorang pelajar maut selepas dilanggar sebuah motosikal sewaktu melintas jalan di Batu 9 Kota Sarang Semut, hari ini.