MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 9 Mei 2022.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 9 Mei 2022.
Mangsa dikatakan tidak nampak kenderaan bergerak perlahan di hadapan kerana menyaksikan satu lagi kemalangan dari arah seberang jalan.
Juruterbang ambil pesanan 'nasi ganja' guna helikopter mengaku tidak bersalah
2. Seorang juruterbang yang menerbangkan helikopter untuk mengambil pesanan nasi ganja di Padang Ipoh Julai tahun lalu, didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh, pada Isnin atas tuduhan tidak mematuhi pelan penerbangan.
Tiga buah rumah rosak teruk dalam kejadian letupan berpunca daripada kebocoran gas dalam kejadian di Taman Cenderawasih, di sini, malam Ahad.
Felo Kursi Institusi Raja-Raja Melayu Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mujibu Abdul Muis berpandangan, masalah bekalan asas itu tidak dapat diselesaikan secara bersendirian tanpa bantuan Kerajaan Persekutuan, khususnya melibatkan peruntukan yang besar.
Mahkamah Persekutuan hari ini menetapkan 10 hari mulai 15 Ogos untuk mendengar rayuan akhir Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara dalam kes penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.
Ini kerana jelas beliau, laluan tersebut bukan kawasan perumahan berpenduduk tinggi dan kurang menghadapi isu mobiliti, selain boleh menyebabkan kemusnahan satu lagi hutan simpanan.
Bekas Pengerusi 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Tan Sri Mohd Bakke Salleh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau sering kali melihat 'kelibat' ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low, di pejabat timbalan perdana menteri dan Kementerian Pertahanan ketika Datuk Seri Najib Razak memegang portfolio itu.
Polis menahan seorang remaja berusia 19 tahun selepas dipercayai memperdaya orang ramai menerusi laman sosial Facebook untuk membayar deposit bagi sewa tapak bazar Ramadan dan Festival Aidilfitri di Stadium Bukit Jalil yang tidak diteruskan.
Dua anggota trafik yang mengiringi orang awam dalam video tular di Jalan Bukit Gambir, George Town pada Sabtu lalu ditempatkan di bahagian pentadbiran sementara menunggu siasatan tatatertib siap untuk tindakan selanjutnya.
Majlis Keselamatan Negara (MKN) memaklumkan, terdapat ciri baharu yang boleh dimanfaatkan pengguna menerusi kemas kini versi terbaharu itu.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami