MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 12 Mei 2022.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 12 Mei 2022.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Rabu (Khamis di Malaysia) mempelawa pelabur dan ahli perniagaan Amerika untuk memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan pilihan.
Keputusan dalam perbicaraan kes rasuah Datin Seri Rosmah Mansor terhadap pertuduhan rasuah membabitkan projek solar hibrid untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak akan diketahui pada 7 Julai ini.
Pas masih sudi berbincang walaupun Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Ahmad Jazlan Yaakob memutuskan Muafakat Nasional (MN) peringkat Kelantan dibubarkan pada awal Februari lalu.
Malaysia dipilih sebagai tuan rumah edisi ke-34 temasya Sukan Sea 2027 menerusi mesyuarat Persekutuan Sukan Sea (SEAGF) di Hanoi pada Khamis.
Kereta membawa lima mangsa yang rentung dalam nahas tiga kenderaan di Lebuhraya Utara Selatan awal pagi tadi dipercayai dirempuh dari belakang sebelum terbakar.
Pengeluar kereta nasional, Perusahaan Otomobil Nasional Bhd (Proton) telah memperkenalkan Proton Saga 2022, versi yang ditambah baik terbaharu bagi model klasik jenama itu hari ini.
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah cuba menyembunyikan 'identiti' wang berjumlah RM9.5 juta yang diterima daripada Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai pinjaman, sedangkan wang tersebut adalah bayaran khidmat guaman kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Datuk Seri Sulaiman Md Ali menyangkal dakwaan kononnya beliau telah melepaskan jawatannya sebagai Ketua Menteri Melaka seperti didakwa pihak tertentu baru-baru ini.
Syarikat perkhidmatan medan minyak bersepadu Malaysia, Sapura Energy Bhd (SEB) tidak boleh dibiarkan muflis, tegas Datuk Seri Najib Razak.
Audit forensik perlu dilakukan terhadap syarikat perkhidmatan medan minyak bersepadu Malaysia, Sapura Energy Bhd (SEB), kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami