ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 26 Mei 2022.

1. Palsu dokumen UMS: Peter Anthony dihukum penjara tiga tahun, denda RM50,000

Peter Anthony didapati bersalah atas pertuduhan memalsukan surat daripada Pejabat Timbalan Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) berhubung kontrak kerja penyelenggaraan sistem.

2. Bukan masa untuk dunia terus berbelah pendirian - PM Ismail Sabri

Beliau berkata dunia sedang berdepan dengan pelbagai ancaman termasuklah perubahan iklim yang memerlukan komitmen dan kerjasama serantau dan juga antarabangsa dalam usaha untuk menanganinya.

3. Zuraida Kamaruddin letak jawatan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi

Ahli Parlimen Ampang itu turut mengumumkan keputusannya meninggalkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

4. 'Health Alert monkeypox' akan dilaksanakan menerusi aplikasi MySejahtera mulai esok - Khairy

'Health Alert monkeypox' akan dilaksanakan menerusi aplikasi MySejahtera mulai esok.

5. RM6 juta sumbangan politik, bukan balasan beri kontrak pembekalan cip pasport - Ahmad Zahid

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa dua cek berjumlah RM6 juta yang diterimanya daripada Syarikat Sarana Kencana Sdn Bhd adalah sumbangan politik ketika beliau menjadi timbalan perdana menteri dan bukannya rasuah.

6. Remaja tikam ibu dipercayai alami halusinasi

Tindakan seorang pelajar berusia 14 tahun menikam ibunya di dada pada malam kelmarin dipercayai mengalami halusinasi dan pemikiran yang tidak normal.

7. Dunia kewartawanan alami kesegaran selepas 2018, tapi masih berdepan kekangan - Johan Jaaffar

Kerajaan disaran mempertimbangkan untuk menyemak semula atau menghapuskan akta-akta yang disifatkan kuno, tidak lagi relevan dan menyekat kebebasan media di negara ini.

8. Kilang kopi di Bukit Mertajam diarah tutup, bangkai tikus ditemui di stor, guna logo halal meragukan

Tidak hanya beroperasi dalam keadaan kotor, malah sebuah kilang memproses serbuk kopi dan teh di Pekan Lama Bukit Mertajam turut menggunakan logo halal yang meragukan.

9. Muhyiddin akan kemuka nama baru kepada PM ganti Zuraida dalam Kabinet

Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengemukakan satu nama baru kepada Perdana Menteri dalam masa terdekat untuk dilantik sebagai anggota Kabinet.

10. 'Speedy Tigers' layak ke Piala Dunia 2023

Skuad hoki lelaki negara berjaya menempah slot ke Piala Dunia 2023, yang dijadual berlangsung di India pada 13 hingga 29 Jan tahun depan.