ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 1 Julai 2022.

1. Penjawat awam bakal nikmati skim ansuran beli, baharui insurans kenderaan - PM

Kira-kira 1.6 juta penjawat awam bakal berpeluang membeli atau memperbaharui insurans kenderaan mereka secara ansuran tanpa sebarang faedah.

2. Tiada lagi pendekatan 'tembok besi' antara kerajaan - pembangkang, kata Annuar

Kerajaan akan terus memastikan kestabilan politik negara demi kepentingan menjaga kesejahteraan dan kebajikan Keluarga Malaysia dalam berdepan pascapandemik.

3. Najib nafi minta Anwar gugurkan kes mahkamah

Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau pernah meminta Ketua Pembangkang itu untuk menggugurkan kes mahkamah sekiranya mahu disokong sebagai Perdana Menteri.

4. Zahid tidak pernah minta saya tandatangan SD - Annuar

Ahli Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa memaklumkan, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak pernah memintanya menandatangani akuan bersumpah (SD) bagi menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

5. "Sila selesaikan masalah dalaman dulu" - Gerakan selar Presiden UMNO

Parti Gerakan hari ini menyelar tindakan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang tidak fokus terhadap masalah dalaman parti pimpinannya, UMNO, sebaliknya, mengalih perhatian orang ramai terhadap pemimpin-pemimpin Perikatan Nasional (PN) yang lain di dalam kes perbicaraan mahkamah beliau.

6. Pemilihan PKR 2022: "Ini kemenangan untuk Ampang, parti" - Hans Isaac

Selebriti Datuk Hans Isaac menyifatkan kemenangannya bagi jawatan Ketua Cabang Ampang pada Pemilihan PKR 2022 sebagai kejayaan untuk semua, khususnya buat Ampang dan parti.

7. UMNO ada 'bisul di punggung' - Mohd Amar

“Yang rok rak (tidak tetap pendirian) ialah UMNO, bukan Pas.” Itu reaksi Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah ketika mengulas pendirian parti berkenaan yang masih utuh dengan Piagam Muafakat Nasional (MN) yang diasaskan Pas dan UMNO.

8. "Moga Allah gantikan segala kesakitan, kepedihan"- Doa Neelofa buat Puteri Sarah

Murninya tali persahabatan yang terjalin antara Neelofa dan Puteri Sarah Liyana sehinggakan kedua-dua selebriti itu saling memiliki antara satu sama lain untuk bergantung harap terutama semasa melalui detik-detik sukar.

9. Saya PM daripada BN, serang saya bermakna melemahkan kepimpinan BN - Ismail Sabri

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan beliau adalah Perdana Menteri daripada Barisan Nasional (BN), justeru sebarang tindakan menyerangnya bermakna melemahkan kepimpinan gabungan politik itu.

10. Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi berbincang minggu depan, galakkan kempen jualan murah

Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi akan mengadakan perbincangan pada minggu hadapan bagi menggalakkan semua outlet, kedai runcit dan pasar raya melancarkan kempen jualan murah, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.