MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 7 Julai 2022.
Warga Malaysia Kalwant Singh yang dijatuhi hukuman gantung menjalani hukumannya awal pagi tadi di Penjara Changi Singapura, dan jasadnya akan dibawa pulang ke Cameron Highlands lewat hari ini.
Rancangan Selangor Pertama: Bukan mahu dabik dada, tunjuk hebat - Amirudin
2. Rancangan Selangor Pertama (RS-1) bukan diwujudkan untuk kerajaan negeri mendabik dada atau seolah-olah mahu menunjukkan Selangor adalah negeri hebat berbanding negeri lain.
Sepasang suami isteri ditemui mati dipercayai dibunuh ahli keluarga sendiri di kediaman mereka di Taman Bercham Aman, Ipoh, pada pagi Khamis.
Sumber air yang terkumpul banyak di Gunung Inas, dekat sini yang mengalir turun dengan laju di sudut cerun yang curam dipercayai menyebabkan berlakunya kejadian banjir dan fenomena kepala air di sini, Isnin lepas.
Keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) berhubung permohonan pindaan perlembagaan UMNO akan diketahui selewat-lewatnya pada 16 Julai ini.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa beliau bukan tali barut yang menghalang usaha menuntut Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang telah lama dibahaskan oleh pemimpin-pemimpin Sabah.
Masalah brek gagal berfungsi menyebabkan sebuah treler yang membawa muatan habuk kayu merempuh 12 kenderaan lain di atas Tambak Johor, di sini pagi tadi.
Tiada apa yang membahagiakan dan menggembirakan pelakon terkenal, Vanidah Imran selain diizinkan oleh Allah untuk kembali memikul tanggungjawab sebagai isteri.
Lebih 400 jemaah Haji terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ekoran tidak dapat berlepas ke Jeddah, Arab Saudi pada malam Khamis.
Para pegawai Malaysia dan Turkiye daripada sektor awam mahupun swasta pada Khamis menandatangani tujuh Memorandum Persefahaman (MoU) dalam pelbagai bidang untuk terus memperkukuh hubungan dua hala kedua-dua negara.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami