ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 15 Julai 2022.

1. Kongres Nasional PKR ke-16 bermula hari ini

Kongres Nasional PKR Ke-16 dengan tema Menjulang Keadilan berlangsung sehingga Ahad ini.

2. Perkeso gantung RM423 juta bayaran PenjanaKerjaya

Ia susulan terdapat penyelewengan dan tuntutan palsu membabitkan pihak majikan dan penyedia latihan.

3. 'Flat Colombia' digempur, 42 individu ditahan

Seramai 169 anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 1 dan 2 turut dipanggil bagi mengepung kawasan flat itu.

4. Lelaki ditemukan mati, dipercayai dipukul isteri di Taman Daya

Seorang lelaki ditemukan maut dipercayai akibat dipukul isterinya dalam satu kejadian di Flat Nipah, Taman Daya, di Johor Bahru pagi tadi.

5. Presiden Sri Lanka rasmi letak jawatan, rakyat berpesta

Speaker Parlimen Sri Lanka mengesahkan telah menerima peletakan jawatan secara rasmi Presiden Gotabaya Rajapaksa, yang dikemukakan dalam surat yang dihantar melalui emel, pada Jumaat.

6. Kanak-kanak perempuan maut dipercayai dibunuh ibu

Seorang kanak-kanak perempuan berumur 11 tahun ditemui maut di sebuah kediaman di Taman Bukit Tropika dekat Yong Peng, Batu Pahat semalam.

7. Pasukan khas tangani isu tuntutan waris Kesultanan Sulu ditubuhkan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata pasukan khas itu akan diketuai olehnya.

8. Guru Kafa ditahan bantu siasatan murid dakwa patah kaki selepas dihempas

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Dris ketika berkata suspek yang berusia 37 tahun itu direman bermula hari ini hingga Ahad.

9. PM arah Kementerian Sumber Manusia, KDN selesaikan segera isu pekerja Indonesia

Menyedari situasi yang mampu menjejaskan hubungan kedua-dua negara itu, Ismail Sabri mahukan perkara tersebut diatasi dalam masa terdekat.

10. Piala B-19 AFF 2022 milik Malaysia, benam Laos 2-0

Malaysia muncul juara kejohanan bawah 19 tahun Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2022 selepas menundukkan Laos 2-0 di pentas final.