ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 28 Julai 2022.

1. RUU Akta Antilompat Parti: Tiada lagi katak politik?

Perbahasan melibatkan Rang Undang-undang (RUU) Akta Antilompat Parti dicadang turut menumpukan kepada isu gabungan parti selain hanya memberi fokus kepada individu.

2. Dua jurulatih gimrama negara disekat ke England?

Status kelulusan visa dua jurulatih gimrama negara yang merupakan warganegara Rusia ke Sukan Komanwel Birmingham 2022, di sini, kini menjadi tanda tanya.

3. Penghantar makanan mengaku tidak bersalah rogol remaja bawah umur

Seorang penghantar makanan didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Khamis atas tuduhan merogol seorang remaja perempuan bawah umur, 16 Julai lalu.

4. Penganggur dituduh bakar rakan hingga parah

Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kemaman pada Khamis atas pertuduhan mendatangkan kecederaan parah terhadap seorang remaja lelaki dengan membakarnya.

5. Indonesia tarik balik pembekuan pekerja mulai 1 Ogos

Ia selepas kedua-dua negara bersetuju untuk mengintegrasikan sistem pengambilan pekerja antara Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI).

6. RUU Antilompat Parti lulus, disokong lebih dua pertiga ahli Dewan Rakyat

Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun sewaktu membacakan keputusan itu berkata, seramai 209 Ahli Dewan Rakyat bersetuju, manakala 11 lagi tidak hadir.

7. Rogol pelajar Tingkatan Satu, juruteknik dipenjara 64 tahun, 8 sebatan

Tertuduh Azali Abu, 40, dijatuhi hukuman itu selepas membuat pengakuan bersalah sejurus lapan pertuduhan terhadapnya dibacakan.

8. 1MDB dapat kebenaran serah writ saman AS$3.78 bilion kepada kakak, adik lelaki Jho Low

May Lin berada di Singapura manakala adik lelakinya, Taek Szen di Hong Kong berdasarkan alamat terakhir mereka yang diketahui.

9. Gender Focal Team diwujudkan di setiap kementerian, agensi - Ismail Sabri

Mesyuarat Pertama Majlis Sosial Negara (MSN) bersetuju mewujudkan Gender Focal Team (GFT) di setiap kementerian dan agensi.

10. Kejadian kepala air berlaku lagi di Kampung Iboi

Penduduk Kampung Iboi berhampiran Kupang dikejutkan sekali lagi dengan kejadian kepala air yang dipercayai turun dari Gunung Inas melimpahi Sungai Iboi, pada Khamis.