ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Ogos 2022.

1. Projek LCS: Rafizi dakwa mirip 1MDB, bakal dedah lebih banyak penyelewengan

Sehubungan itu beliau akan mendedahkan skandal penyelewengan projek pembinaan enam kapal tempur (LCS) bernilai RM9 bilion yang diberikan secara rundingan terus itu.

2. E-Sukan Komanwel: Wakil Malaysia sambar dua emas

Malaysia berpeluang melengkapkan emas ketiga apabila akan menentang England dalam Pusingan Akhir Dota 2 (Terbuka) hari ini.

3. 'Kerajaan fokus tangani miskin tegar di empat lokaliti di Sarawak' - PM

Program ini akan dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12, dengan fasa pertamanya di Bumi Kenyalang.

4. Warga Perancis meninggal dunia ketika daki Gunung Jasar Cameron Highlands

Seorang pendaki warga Perancis dilaporkan pengsan sebelum meninggal dunia ketika  mendaki Gunung Jasar pagi tadi.

5. Kontroversi KPPA: Jawatankuasa ditubuh, bersidang secepat mungkin - KSN

Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata jawatankuasa tersebut yang dipengerusikan oleh Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun dijadual bersidang secepat mungkin.

6. Bekas KPN Hamid Bador akhiri zaman duda, kahwini pegawai polis - Laporan

Isterinya, Datin Seri Fazreena Abdul Karim dilaporkan bertugas di Muzium PDRM.

7. Tarekat dakwa Imam Mahdi muncul di hari Arafah sedang dijejaki

Pihak Konsulat Malaysia di Jeddah, Arab Saudi telah diarahkan untuk mengesan pengikut dan seorang pemimpin dikenali bergelar habib yang terlibat dengan Tarekat al-Naqsyabandiah al-Khalidiyyah.

8. PM umum dua lagi projek mega buat Sarawak, pemangkin ekonomi di kawasan utara

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menamakan dua projek baharu tersebut, adalah Projek Sarawak-Sabah Link Road (SSLR) dan Projek Lebuh Raya Trans Borneo (LTB).

9. Projek LCS: Gadai pertahanan negara, itu satu penderhakaan - Mukhriz

Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu berkata, dana yang diperuntukkan itu sepatutnya digunakan untuk pertahanan negara, dan bukan kepentingan peribadi.

10. Pengawal keselamatan parah dilibas pedang meninggal dunia

Pengawal keselamatan yang parah dilibas pedang selepas dipercayai menegur seorang lelaki kerana menunggang motosikal secara berbahaya di Tapak Pembinaan di Bukit Bayan, dekat sini meninggal dunia hari ini.