ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 11 Ogos 2022.

1. Mohd Zuki Ali dilantik semula sebagai Ketua Setiausaha Negara

Tan Sri Mohd Zuki Ali mengekalkan jawatannya sebagai Ketua Setiausaha Negara (KSN) selama dua tahun berkuat kuasa hari ini.


2. Selepas LCS, kini status kapal OPV APMM pula jadi tanda tanya

Ketika isu skandal kapal tempur pesisir pantai (LCS) milik TLDM hangat dibahaskan sekarang, kelewatan penyerahan kapal peronda luar pesisir (OPV) milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) pula menimbulkan kebimbangan umum projek ini juga berdepan masalah serupa.


3. LRA Langat 2 henti tugas, 394 kawasan di Lembah Klang alami gangguan bekalan air

Sebanyak 394 kawasan di wilayah Petaling, Kuala Lumpur dan Hulu Langat dijangka mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula jam 10 pagi, hari ini.


4. Filem Mat Kilau ke Indonesia selepas kutip hampir RM100 juta

Filem Melayu yang mencetus fenomena di dalam negara baru-baru ini, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan akan ditayangkan di Indonesia bermula 31 Ogos ini.


5. Kertas siasatan LCS lengkap, saran Jabatan Peguam Negara tuduh beberapa individu - SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM ) mengesahkan telah melengkapkan kertas siasatan terhadap beberapa individu yang mempunyai kaitan dengan dakwaan penyelewengan pengendalian projek pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).


6. Pengurus bank sahkan Shahrir terima cek RM1 juta daripada Najib

Seorang pengurus bank hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa Tan Sri Shahrir Ab Samad menerima sekeping cek bernilai RM1 juta daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, sembilan tahun lepas.


7. Produk aiskrim Haagen-Dazs perisa vanilla dari pasaran Eropah ditarik balik - KKM

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan produk aiskrim berjenama Haagen-Dazs berperisa vanilla dari pasaran Eropah telah ditarik balik daripada dipasarkan di negara ini.


8, Ekonomi Malaysia di landasan betul pemulihan walaupun berdepan inflasi - Pakar ekonomi

Data ekonomi terkini menunjukkan Malaysia berada di landasan yang betul dalam menuju kepada pemulihan ekonomi walaupun pada masa yang sama, negara berdepan dengan peningkatan kadar inflasi dan keadaan geopolitik yang tidak menentu.


9. KKM tidak setuju rayuan longgar syarat prosedur perkhidmatan kecantikan oleh industri - Khairy

KKM setakat ini tidak bersetuju dengan beberapa cadangan yang dikemukakan oleh pihak industri perkhidmatan kecantikan untuk melonggarkan beberapa prosedur amalan perkhidmatan yang ditawarkan mereka.


10. Lahir luar negara: Hanya anak berbapakan warganegara berhak dapat kerakyatan Malaysia

Hanya kanak-kanak yang lahir di luar negara berbapakan warganegara Malaysia berhak mendapat kerakyatan Malaysia melalui kuat kuasa undang-undang, demikian putus Mahkamah Rayuan.