awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
30/08/2022
15:59 MYT
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 30 Ogos 2022.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 30 Ogos 2022.
1. PM umum tambahan bayaran khas KGT, tambah baik Kadar Tetap gaji maksimum
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kenaikan tambahan khas itu akan memanfaatkan 1.28 juta penjawat awam.
2. Pendakwaan tarik balik surat gesaan utamakan perbicaraan kes Zahid
Surat yang dihantar sebelum ini itu memohon agar diberikan keutamaan kepada perbicaraan kes tersebut berbanding kes penyelewengan dana 1Malaysia Development berhad (1MDB) Datuk Seri Najib Razak.
3. Bajet 2023: 'Tunggu nasihat Peguam Negara jika saya boleh bentangkan' - PM
Jelas Perdana Menteri, ketika ini masih ditetapkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz untuk membentangkan Bajet 2023 itu.
4. 'Saya dihujani peluru musuh ketika diserang hendap' - Bekas perajurit
Mengimbau kembali kejadian 46 tahun lalu itu, Othman, 78, dengan nombor 133809 ketika itu bertugas di Rejimen Askar Wataniah Kem 6, Briged Sungai Petani.
5. Tiada isu 'pecat', mesyuarat berlangsung mesra - Ismail Sabri
Jelas Ismail Sabri, Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) di Menara Dato Onn pada Sabtu lalu berlangsung dalam suasana mesra.
6. Pas tidak akan bekerjasama dengan PH hadapi PRU15 - Takiyuddin
Setiausaha Agung Pas Datuk Seri Takiyuddin Hassan dalam satu kenyataan hari ini berkata keputusan itu dicapai pada Mesyuarat Jawatankuasa Harian yang diadakan semalam.
7. Amanah ikut langkah PKR, tolak kerjasama dengan PN - Mat Sabu
Parti komponen Pakatan Harapan (PH), Amanah menjadi parti seterusnya yang menolak kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
8. Kesepaduan sosial, integrasi nasional dan perpaduan kaum, kunci kemakmuran negara - Agong
Al-Sultan Abdullah bertitah tiga perkara itu juga merupakan kunci kepada kekuatan bagi menghadapi apa jua cabaran yang mendatang, bersesuaian dengan tema sambutan Hari Kebangsaan tahun ini iaitu “Keluarga Malaysia Teguh Bersama.”
9. Kes Yayasan Akalbudi: Selepas 17 hari, Ahmad Zahid selesai beri keterangan pembelaan
Selepas 17 hari, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini selesai memberi keterangan pembelaan dalam perbicaraan kes, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi terhadapnya di Mahkamah Tinggi, di sini.
10. Rasa cinta kepada negara penting untuk pertahankan kedamaian, keamanan dan kemerdekaan Malaysia - PM
Hanya rasa cinta kepada negara membolehkan rakyat pelbagai kaum di negara ini untuk terus bekerjasama dan bersatu padu mempertahankan kedamaian, keamanan dan kemerdekaan Malaysia, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Topic Berkaitan
#berita tempatan pilihan
#berita Malaysia
#berita dalam negara
#Berita AWANI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan