ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 September 2022.

1. Kanabis perlu dalam rawatan sesetengah penyakit, wajar bagi tujuan perubatan - Pakar

Terdapat keperluan perubatan ketika ini yang memerlukan penggunaan bahan tersebut yang didapati berkesan jika digunakan terhadap beberapa penyakit.

2. Kaedah konvensional ternak babi punca pencemaran sumber air di Tanjung Sepat - Exco

Pengusaha ladang didapati tidak menggunakan kaedah penternakan tertutup seperti kaedah penternakan babi secara moden.

3. Malaysia, IAEA tandatangani perjanjian kerjasama

PA itu menggariskan bidang kerjasama antara kedua-dua pihak dalam aspek pendidikan dan latihan bagi keselamatan radiasi, pengangkutan dan sisa di rantau Asia Pasifik.

4. Tidak perlu lagi pakai pelitup muka dalam kapal terbang - Khairy

Kementerian Kesihatan (KKM) memutuskan pemakaian pelitup muka tidak lagi diwajibkan ketika menaiki kapal terbang.

5. PRU15: Saya tidak tahu-menahu, dirunding mengenai bila pembubaran Parlimen - Azhar Harun

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun menegaskan, beliau tidak terlibat mahupun tahu mengenai tarikh pembubaran Parlimen.

6. Kes Ebit Lew: 'Saya dan Firdaus Wong tidak berkonspirasi' - Saksi

Seorang pakar motivasi memberitahu Mahkamah Majistret di sini hari ini bahawa dia tidak bersetuju dengan cadangan soalan peguam bela, Ram Singh yang menyatakan dirinya serta Firdaus Wong membuat konspirasi.

7. PRU15: Nurul Izzah beri bayangan bertanding di Permatang Pauh

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar memberi bayangan dia akan kekal bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

8. Pembelaan Najib kemuka surat Putera Arab Saudi berhubung hadiah wang tunai AS$100 juta

Pembelaan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam perbicaraan kes rasuah membabitkan RM2.3 bilion milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini mengemukakan surat daripada kerabat diraja Arab Saudi yang menyatakan bahawa bekas Perdana Menteri itu menerima hadiah wang tunai AS$100 juta sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan beliau kepada dunia Islam.

9. Blogger 'Mat Salleh Cari Makan' Rhys William yang hilang di Kuala Tahan, ditemui selamat

Pengacara warga Britain, Rhys William James Woodfield yang juga merupakan penulis blog makanan “Mat Salleh Cari Makan” serta empat anggota keluarganya yang dilaporkan hilang sejak semalam ditemukan selamat di Kuala Tahan, di sini petang tadi.

10. Bapa durjana jual anak perempuan umur 10 tahun kepada rakan untuk dirogol

Seorang lelaki sanggup menggadaikan maruah anak kandungnya yang berusia 10 tahun kepada rakan sendiri sebagai bayaran.