ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Oktober 2022.

1. PRU15: Jangan ada unsur sabotaj, kepentingan diri - Ismail Sabri

Ahli UMNO perlu menolak kepentingan diri dalam menentukan kemenangan dalam Pilihan Raya ke-15, kata Naib Presiden UMNO yang juga Ketua UMNO Bahagian Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.


2. Radzi Jidin ajak Cikgu Mohd Fadli berjumpa

Pendedahan seorang guru sekolah rendah yang didakwa menerima surat daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan berdepan tindakan dibuang kerja mendapat perhatian Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin.


3. PRU15: BN akan tampil 70 peratus muka baharu - Ahmad Zahid

Barisan Nasional (BN) akan menampilkan 70 peratus muka-muka baharu bagi mewakili parti berkenaan untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).


4. 44 orang terperangkap di Telaga Tujuh Langkawi

Seramai 43 pendaki dan seorang jurupandu yang sedang melakukan aktiviti mendaki di kawasan rekreasi air terjun Telaga Tujuh, Langkawi berdepan detik cemas apabila terperangkap dalam kejadian kepala air pagi tadi.


5. Lebih 31 kawasan terjejas banjir kilat di Langkawi

Lebih 31 kawasan di Langkawi terjejas akibat banjir kilat yang berlaku selepas hujan lebat berterusan sejak awal pagi Ahad.


6. PRU15: UMNO akan cari tempat sesuai untuk Khairy - Mohamad

UMNO akan mencari tempat sesuai untuk penyandang kerusi Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).


7. "Prestasi negeri Selangor merosot selepas saya tinggalkan jawatan MB" - Azmin

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendakwa, prestasi negeri Selangor semakin merosot selepas beliau meninggalkan jawatan Menteri Besar negeri itu pada 2018.


8. "Cukuplah Allah sebagai tempat bagi kami" - Coretan terakhir mangsa rentung dalam kemalangan undang sebak netizen

Kisah seorang lelaki yang kematian isteri dalam kemalangan di Kilometer 46 Lebuhraya Utara Selatan, Kulai pada malam Sabtu telah meruntun jiwa rakyat Malaysia.


9. Status kahwin: Takiyuddin masih berteka-teki

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan masih berteka-teki mengenai status perkahwinannya dengan seorang ahli politik dari Selangor.


10. PM Ismail Sabri harap situasi 'menang-menang' isu KPM-Cikgu Mohd Fadli

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengharapkan situasi menang-menang dapat dicapai dalam isu membabitkan Cikgu Mohd Fadli Salleh dan Kementerian Pendidikan (KPM).