ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 18 Oktober 2022.
1. PRU15: "Bajet 2023 cukup cantik, takkan nak biar orang lain ambil alih?" - PM
Peruntukan perbelanjaan pembangunan (DE) di bawah Bajet 2023 sebanyak RM95 bilion merangkumi 7,165 projek pembangunan, merupakan tertinggi dalam sejarah negara, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
2. PRU15: Pilih Melayu penjenayah atau Melayu bebas kes jenayah - Tun Mahathir
Orang Melayu hanya ingin diperintah oleh kerajaan yang didominasi Melayu, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
3. Saya pernah dipanggil 'barua', tapi saya tak ambil secara peribadi - Azhar Harun
Pengalaman tiga dekad karier sebagai peguam diakui telah sedikit sebanyak memudahkan Tan Sri Azhar Azizan Harun menggalas tugasnya sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
4. Syed Saddiq digesa mohon maaf terbuka atas tuduhan terhadap UMNO, BN
Barisan Nasional (BN) Johor mendesak Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meminta maaf secara terbuka kepada UMNO dan BN atas tuduhan melulunya terhadap parti serta gabungan itu susulan ceramahnya di Muar, Ahad lepas.
5. Rogol berkumpulan remaja 14 tahun, 8 direman tujuh hari
Lapan remaja lelaki yang ditahan semalam kerana dipercayai merogol seorang remaja perempuan bawah umur direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.
6. Mossad rekrut warga Malaysia? Pemerhatian menyeluruh sedang dijalankan kerajaan - Hamzah
Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang meneliti satu dakwaan kemasukan ejen perisikan Israel, Mossad yang kononnya bertujuan menculik seorang warga Palestin seperti yang disiarkan dalam sebuah akhbar tempatan pada Selasa.
7. Takiyuddin nafi berkahwin lagi dalam tempoh 15 tahun
Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan hari ini menafikan beliau mendirikan rumah tangga dengan mana-mana wanita dalam tempoh 15 tahun kebelakangan.
8. Mahkamah: Agong zahir PRU15 sebelum Monsun Timur Laut
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan kerajaan menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong menzahirkan harapan supaya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) perlu diadakan dalam tempoh terdekat sebelum Monsun Timur Laut.
9. LHDN dapat penghakiman terus saman cukai RM1.05 bilion terhadap Jho Low
Mahkamah Tinggi Pulau Pinang membenarkan permohonan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk penghakiman terus bagi mendapatkan kembali RM1.05 bilion tunggakan cukai daripada ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low.
10. Cikgu Mohd Fadli tidak bersalah, bebas semua tuduhan
Guru Sekolah Kebangsaan (1) Gombak, Mohd Fadli Mohamed Salleh diputuskan tidak bersalah susulan pendedahan mengenai kepincangan silibus pendidikan negara.
Astro Awani
Tue Oct 18 2022
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 18 Oktober 2022.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 23 Disember 2023.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 29 Disember 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 14 September 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 13 September 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 8 September 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 6 September 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 5 September 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 3 September 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 2 September 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 31 Ogos 2022.