Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 8 Disember 2022.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 8 Disember 2022.
Perikatan Nasional (PN) dilihat mampu menyapu bersih kesemua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri Kedah sekiranya Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) diadakan serentak dengan Pilihan Raya Negeri (PRN).
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)Tan Sri Abdul Ghani Salleh menyatakan bahawa pihaknya berharap dapat melaksanakan Pilihan Raya Negeri (PRN) di negeri-negeri seperti Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Selangor dan Negeri Sembilan, secara serentak.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan melihat secara terperinci dan menyeluruh bagi memanjangkan tempoh untuk mengadakan pilihan raya selepas Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan.
Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata dirinya tidak mendapat sebarang panggilan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi keterangan mengenai dakwaan berlaku penyelewengan dana RM600 bilion.
Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) akan mengadakan perbincangan bagi membuat keputusan untuk mengadakan pilihan raya (PRN) di tiga negeri yang dikuasainya secara serentak atau sebaliknya.
Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan bonus minimum satu bulan setengah gaji kepada penjawat awam menerusi Bajet 2023.
Penduduk di kawasan pesisir pantai disaran berwaspada dengan fenomena air pasang besar yang dijangka berlaku bermula hari ini hingga Ahad.
Wanita berusia 28 tahun itu ditahan bersama rakannya, seorang lelaki berumur 41 tahun di Petaling Jaya, Selangor, kira-kira 10.20 malam tadi.
Joanna Yu Ging Ping, 51, berkata Jho Low sering menjemputnya untuk bertemu di pangsapuri milik ahli perniagaan itu di Jalan Kia Peng, bersama-sama dengan beberapa rakan rapatnya.
Rancangan kerajaan untuk mengimport telur ayam bagi menyelesaikan kekurangan bekalan dalam pasaran bukan penyelesaian kepada masalah sebenar di negara ini.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

