ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 18 Disember 2022.


1. [LAPOR LANGSUNG] Tanah runtuh Batang Kali: Operasi hari ketiga diteruskan

Usaha mencari dan menyelamat (SAR) sembilan lagi mangsa yang belum ditemukan dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Gohtong Jaya di sini, diteruskan hari ini.



2. Tercalon Speaker Parlimen, Johari letak jawatan ADUN Gurun

Spekulasi pencalonan bekas Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul sebagai Speaker Parlimen semakin menjadi realiti apabila beliau mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun di Kedah pada Ahad. 


3. GRS gugurkan keanggotaan Bersatu pada 9 Dis lalu, putuskan Hajiji kekal Pengerusi

Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebulat suara memutuskan Datuk Seri Hajiji Noor kekal sebagai Pengerusi gabungan itu.


4. 'Dayung H'muai Semban' kini tinggal berempat

Mereka antara sedikitnya wanita yang kental mempertahankan tradisi lama etnik Bi'embhan. Bersarung gelung tembaga di lengan dan betis bukan perkara mudah.


5. Pemimpin PN hadir mesyuarat bincang usul undi percaya PM

Beberapa pemimpin Perikatan Nasional (PN) dilihat berkumpul di luar pekarangan Dewan Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM) Clubhouse, di sini pada Ahad.


6. Majlis Tertinggi BN tidak pernah bincang syarat MoU Kerajaan Perpaduan - SU Agung MIC

Parti komponen dalam Barisan Nasional (BN), MIC mendakwa, syarat-syarat yang terkandung dalam memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara parti gabungan Kerajaan Perpaduan tidak pernah dibincangkan mahupun dipersetujui Majlis Tertinggi BN.


7. Tanah runtuh Batang Kali: Father's Organic Farm mohon maaf...

Pengurusan Father's Organic Farm memohon maaf kepada semua mangsa yang terjejas akibat tragedi tanah runtuh yang berlaku di kawasan penyeliaan syarikat itu pada Jumaat lalu.


8. Muhyiddin, Mas Ermieyati hipokrit pertikai MoU Kerajaan Perpaduan Malaysia - Fahmi

Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH), Fahmi Fadzil mengecam Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Ketua Srikandinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang mempertikai memorandum perjanjian persefahaman (MoU) ditandatangani gabungan parti yang menyokong pembentukan Kerajaan Perpaduan Malaysia.

9. Banjir bertambah buruk, mangsa di tiga negeri meningkat

Keadaan banjir di tiga negeri melibatkan Kelantan, Terengganu dan Perak bertambah buruk berikutan hujan berterusan sekali gus mencatat pertambahan mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS).

10. Jalan utama menghubungkan Pantai Timur masih boleh dilalui - Polis

Jalan utama yang menghubungkan Terengganu, Kelantan dan Pahang masih boleh dilalui walaupun banjir, kata Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa.