Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 31 Julai 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 31 Julai 2023.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan untuk sembah kenal balu serta waris kepada enam anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terkorban ketika menyertai Op Daulat pada Mac 2013, di Kampung Simunul, Sabah.
Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mempersoalkan tindakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution yang memintanya mengemukakan bukti jutaan pelancong China tidak pulang ke tanah asal.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak berhasrat untuk memperkenalkan garis panduan khusus pemberian bantuan semasa pilihan raya.
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli memaklumkan bahawa tawarannya untuk berdebat mengenai hal ehwal ekonomi bersama ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Sulaiman telah ditolak.
Jabatan Kesihatan Melaka mengesan satu wabak pertussis atau batuk kokol melibatkan empat individu sekeluarga yang tinggal di sebuah rumah di Alor Gajah pada 27 Julai lepas.
Bekas Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz atau Nik Abduh mengesahkan akan 'berpuasa' dan berehat daripada politik tanah air untuk satu tempoh.
Kerajaan Selangor tidak berhasrat meneruskan cadangan projek pembinaan lebuh raya Petaling Jaya Traffic Dispersal Elevated Highway (PJD Link) dan memutuskan membatalkan permohonan projek berkenaan.
Datuk Seri Anwar Ibrahim memperoleh perintah injunksi sementara daripada Mahkamah Tinggi Alor Setar untuk menghalang Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor daripada mengeluarkan, mengulangi dan menerbitkan kenyataan yang memfitnah Perdana Menteri itu di media sosial, laman web dan mana-mana platform lain.
Dewan Negara Perak mahu penularan video titah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang dimanipulasi untuk mengaitkan dan mengheret kedudukan baginda bagi tujuan politik dihentikan segera.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu sistem perolehan aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dirombak bagi memastikan tiada lagi pihak luar akan dapat mengaut komisen yang keterlaluan daripada proses perolehan aset.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

