ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 8 Ogos 2023.

1. Sanusi mungkin 'terperangkap' dalam kesesakan - Ayob Khan

Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, istilah ‘perangkap’ yang digunakan mungkin merujuk kepada tersekat dalam kesesakan lalu lintas.


2. PRN: SPR kemas kini sistem, percepat umum keputusan

Penambahbaikan itu dilakukan bagi membolehkan keputusan diumum lebih awal berbanding pilihan raya sebelum ini.


3. Geramm gesa MCMC perjelas dakwaan sekatan ke atas Utusan TV

Geramm berkata, ia memetik laporan Malaysia Kini bahawa Utusan TV telah disekat melalui kaedah “DSN Tampering” yang menyebabkan portal UtusanTV tidak dapat dilayari oleh sebahagian pengguna.


4. Kadar subsidi harga padi naik kepada RM500 per metrik tan mulai esok - PM Anwar

Kerajaan bersetuju menaikkan kadar Skim Subsidi Harga Padi (SSHP) daripada RM360 per metrik tan kepada RM500 per metrik tan padi berkuat kuasa Rabu.


5. Menantu Muhyiddin tidak perlu lari jika tidak bersalah - Anwar

Tiada sebab untuk seseorang melarikan diri dari siasatan, jika individu itu yakin dia tidak bersalah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


6. "Anwar jadi PM atas takdir Allah bukan iblis tolong" - Nazri Aziz

Sebagai sebuah parti yang mendakwa memperjuangkan Islam, Pas sepatutnya menerima dengan rela hati pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.


7. Bunuh: Remaja ditahan tikam jantung abang selepas bertengkar

Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun dipercayai membunuh abangnya dengan menikam pada bahagian jantung selepas bertengkar di rumah mereka di  Kulim.


8. Peguam Negara sahkan Raja Rozela tidak lagi ketuai pendakwaan kes Zahid Hamidi

Keputusan untuk menggantikan Raja Rozela sebagai ketua pasukan pendakwaan dalam kes itu dibuat setelah mengambil kira pelbagai faktor dengan membuat pertimbangan yang teliti.


9. Menteri Luar China jumpa PM Anwar di Pulau Pinang Jumaat ini

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan mengadakan pertemuan bersama Menteri Luar China, Wang Yi di Pulau Pinang, Jumaat ini.


10. Muhyiddin enggan ulas status menantu dicari SPRM

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin enggan memberikan sebarang komen berhubung status menantunya, Datuk Muhammad Adlan Berhan yang dicari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes penyelewengan membabitkan pekerja asing di sebuah kementerian.