MALAYSIA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 01/09/2023 | 15:48 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 1 Sept 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 1 Sept 2023.

1. NIMP 2030 akan letakkan semula Malaysia sebagai kuasa ekonomi serantau - PM Anwar

Rangka kerja Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 yang direka untuk meletakkan Malaysia sebagai kuasa ekonomi serantau, akan memastikan pengagihan kekayaan ekonomi yang adil kepada rakyat.


2. Polis buru lima lelaki rogol berkumpulan

Polis sedang memburu lima lelaki warga tempatan kerana disyaki telah merogol seorang wanita secara berkumpulan di sebuah rumah di Wangsa Maju, ibu negara, Rabu lalu.


3. Koreografer legenda Ahmad Kassan meninggal dunia

Datuk Aznil Nawawi membawa khabar duka memaklumkan jurulatih penari popular dalam program Macam Macam Aznil, Ahmad Kassan, meninggal dunia di Singapura.


4. Ahmad Terrirudin dilantik sebagai Peguam Negara, ganti Idrus

Peguam Cara Negara, Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh dilantik sebagai Peguam Negara berkuat kuasa Rabu depan bagi menggantikan Tan Sri Idrus Harun yang akan tamat tempoh lantikan secara kontrak pada 5 September ini.


5. Bunuh anak: Ibu dan teman lelaki didakwa

Seorang ibu dan teman lelakinya didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh anak kandung wanita itu yang berusia lima tahun, bulan lepas.


6. Lafaz taklik cerai isteri jika Anwar masih PM tidak boleh ditarik balik - Menteri Agama

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata, dari sudut hukum, apa-apa pun taklik tidak boleh ditarik balik apabila telah dilafazkan.


7. Tuntutan China dalam peta tidak jejaskan Sarawak - Abang Jo

Tuntutan China di Laut China Selatan seperti digariskan dalam 'Peta Standard China Edisi 2023', tidak mempunyai kesan terhadap Sarawak.


8. Pengawal keselamatan mengaku salah rogol anak kandung

Seorang pengawal keselamatan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas tuduhan merogol anak perempuan kandung yang masih di bawah umur, April lalu.


9. Isu kebocoran 'Memo Dalaman' AGC tidak dijawab, Pemuda UMNO akan buat laporan polis - Dr Akmal

Ujarnya, sehingga kini tiada jawapan yang sahih diberikan atas tuntutan itu.


10. Perluas skop tugasan JAN, ketika ini di peringkat perbincangan - PM Anwar

Kerajaan akan memperluaskan skop tugasan Jabatan Audit Negara (JAN) yang akan meliputi kerangka ombudsman.



#berita tempatan #berita pilihan #berita utama #berita tumpuan