awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
03/09/2023
15:50 MYT
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 3 September 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 3 September 2023.
1. Lautan manusia banjiri ceramah Ustaz Abdul Somad di Sabah
Lautan manusia membanjiri ceramah pendakwah terkenal Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara (UAS) dalam siri jelajahnya di beberapa buah daerah di Sabah.
2. Malaysian Malaysia tidak bercanggah Perlembagaan - Sheikh Omar
Orang Melayu tidak perlu takut dengan slogan Malaysian Malaysia yang diperjuangkan DAP kerana tidak bercanggah dengan Perlembagaan, malah selari dengan prinsip Rukun Negara.
3. Hadi Awang, 4 MB negeri PN jumpa Tun M
Perancangan pembangunan ekonomi negeri-negeri di bawah pemerintahan Pas merupakan agenda perbincangan antara Tun Dr Mahathir Mohamad dengan empat Menteri Besar daripada Perikatan Nasional (PN) yang berlangsung pada Sabtu.
4. B40, M40, peniaga pisang goreng antara penerima subsidi minyak masak bermula tahun depan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan melaksanakan program subsidi minyak masak bersasar secara berperingkat mulai tahun hadapan.
5. Tiada ejen, orang tengah uruskan permohonan permit masuk - JIM
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengingatkan orang ramai bahawa tiada ejen atau orang tengah yang dilantik bagi sebarang urusan permohonan permit masuk.
6. Kerajaan lulus RM500 juta segerakan naik taraf Hospital Sultanah Aminah - Anwar
Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan sebanyak RM500 juta bagi menyegerakan projek-projek naik taraf fasa pertama di Hospital Sultanah Aminah (HSA), yang dijangka bermula pada tahun ini.
7. Hampir pengsan ketika urus jenazah ahli keluarga, ketabahan anak sulung mangsa nahas dikagumi
Berita kemalangan maut yang membabitkan enam sekeluarga di Jalan Segamat-Kuantan dekat Taman Yayasan, Segamat masih menjadi tumpuan netizen.
8. Temu Anwar: Isu syarat kemasukan OKU dalam sistem TVET dibawa ke Kabinet
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membawa isu syarat kemasukan Orang Kurang Upaya (OKU) ke dalam sistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) ke mesyuarat Kabinet.
9. Muhyiddin perlu bertaubat, jangan bermain soal akidah - Tok Mat
Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu bertaubat susulan kenyataan beliau yang mengharamkan undian kepada calon Pakatan Harapan Suhaizan Kaiat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Parlimen Pulai.
10. Kerajaan Perpaduan tidak bersikap kuku besi - Fahmi
Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil memberi jaminan Kerajaan Perpaduan yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan bersikap kuku besi terhadap organisasi media.
Topic Berkaitan
#berita tempatan
#berita hari ini
#Berita AWANI
#berita dalam negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan