Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 13 September 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 13 September 2023.
Tegasnya, ketika Idrus, yang dilantik kerajaan lama dikekalkan, tidak pula Perikatan Nasional (PN) membantah keputusan Kerajaan Perpaduan pada waktu itu.
Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, beliau telah berkali-kali disiasat dan berhadapan pendakwaan jenayah hanya kerana meyuarakan keresahan orang Melayu dan Islam.
Katanya GST terbukti berkesan kerana kesemua 175 negara yang telah melaksanakan GST ini, tiada satu pun yang berpatah balik kecuali Malaysia pada satu ketika dahulu.
Keputusan bagi setiap permohonan untuk mendapatkan sijil halal, wajib diberikan dalam tempoh 30 hari bekerja dan tiada alasan untuk ia dilewatkan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu, memberi masa sehingga bulan depan untuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan dua pihak lain, memfailkan pembelaan berhubung kes saman ahli perniagaan, Tan Sri Halim Saad.
Semua Ahli Parlimen diwajibkan menjalani pemeriksaan kesihatan, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul.
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan beliau lebih rela dipenjara daripada membayar denda jika didapati bersalah kerana ucapan-ucapannya sebelum ini.
Tindakan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menarik diri daripada menyokong Kerajaan Perpaduan adalah berprinsip.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan kepada pelabur asing dan peneraju industri dari rantau Asia bahawa isu kestabilan politik di Malaysia tidak berbangkit ketika ini.
Kerajaan kini memberi fokus pada meningkatkan pendapatan isi rumah dan pembasmian kemiskinan akan menyusul (selepas itu), kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

