MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 21 September 2023.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Turkish House di Manhattan, di New York, untuk mengadakan pertemuan dengan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan.
Berdisiplin, sangat beradab dan peramah. Itu pujian yang diberikan beberapa pihak termasuk barisan pegawai teknikal antarabangsa terhadap kontinjen negara di temasya Sukan Asia Hangzhou 2022, di sini.
Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin selesai memberi kenyataan berkaitan 'orang Melayu akan hilang kuasa' ketika kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, Johor pada Khamis.
Pemandu treler yang terbabit dalam insiden rempuhan lebih sedozen kenderaan di KM5.7 Jalan Persiaran Utara menghala Puchong, di sini, semalam direman empat hari bermula hari ini.
Sepasang suami isteri dijatuhi hukuman dua tahun penjara oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menganiaya seorang anak lelaki mereka hingga menyebabkan kecederaan fizikal.
Mahkamah Tinggi menetapkan 9 Nov depan untuk memutuskan sama ada Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilepaskan atau disabitkan atas empat pertuduhan bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram.
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa lebih 9.45 juta pound wang pinjaman 1MDB telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2014.
8. Dua beradik rentung dalam kebakaran di Manggatal
8. Dua beradik rentung dalam kebakaran di Manggatal
Dua beradik ditemukan rentung dalam kebakaran membabitkan enam rumah di Kampung Pulutan, Menggatal di Kota Kinabalu pada Khamis.
9. Gangguan seksual: 13 individu dipanggil bantu siasatan kes pendakwah terkenal - Bukit Aman
9. Gangguan seksual: 13 individu dipanggil bantu siasatan kes pendakwah terkenal - Bukit Aman
Seramai 13 individu telah dipanggil bagi membantu siasatan berhubung dakwaan gangguan seksual, membabitkan seorang pendakwah terkenal.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa Exco dari empat negeri ditadbir Perikatan Nasional (PN) dihalang untuk sertai program anjuran kerajaan Persekutuan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami