awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
30/09/2023
15:59 MYT
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 30 September 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 30 September 2023.
1. Warga emas rentung dalam kebakaran
Seorang lelaki warga emas ditemukan rentung selepas dipercayai terperangkap dalam kebakaran dirumahnya di Kampung Melalia, dekat sini, pada malam Jumaat.
2. Ringgit dijangka kekal RM4.68-RM4.69 berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit dijangka mengekalkan kedudukan semasanya antara RM4.68 hingga RM4.69 berbanding dolar US minggu depan, kata seorang pakar ekonomi.
3. Pengarang Berita Kanan BH, Salina Abdullah meninggal dunia
Pengarang Berita Kanan Berita Harian (BH), Salina Abdullah meninggal dunia selepas beberapa tahun bertarung nyawa akibat penyakit kanser servik pangkal rahim dan jangkitan selepas pembedahan.
4. Kecurian REE: Kertas siasatan telah lengkap, tunggu keputusan DPP - Azam
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melengkapkan siasatan berhubung kes kecurian unsur nadir bumi (REE) di Kedah.
5. Notis merah menantu Muhyiddin: SPRM sedang siapkan beberapa dokumen - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang melengkapkan beberapa dokumen sebelum diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung permohonan notis merah terhadap menantu bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
6. Rasuah buku J-Qaf: Banyak bukti baharu dikumpulkan, kes masih disiasat - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SRPM) sedang mengumpul beberapa bukti baharu berhubung siasatan rasuah ke atas projek rundingan terus percetakan buku J-Qaf untuk prasekolah dengan rasuah melibatkan lebih RM80 juta.
7. 50,000 tempat untuk generasi muda Felda belajar TVET - Zahid
Sebanyak 50,000 tempat disediakan kepada generasi muda Felda untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
8. Stadium Shah Alam dirobohkan Oktober atau awal November ini
Stadium Shah Alam bakal dirobohkan mengikut jadual ditetapkan atau selewat-lewatnya hujung tahun ini.
9. Pemerkasaan seni dan budaya perlu untuk Kebangkitan Asia - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Malaysia sebagai sangat bertuah dan unik apabila mampu mempamerkan kepelbagaian seni dan budaya sebagai simbol kekuatan negara.
10. Sukan Asia Hangzhou: Azeem muncul ketiga terpantas Asia
Pelari negara, Azeem Fahmi, menamatkan acara 100 meter lelaki di kedudukan podium apabila meraih pingat gangsa Sukan Asia Hangzhou, pada Sabtu.
Topic Berkaitan
#berita tempatan
#berita dalam negara
#berita hari ini
#Berita AWANI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan