ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Oktober 2023.


1. Situasi di Palestin meruntun hati Permaisuri Johor

Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah menitiskan air mata mengenangkan nasib menimpa rakyat Palestin di bumi Gaza ketika ini, pada satu majlis ramah mesra bersama pelajar-pelajar Palestin di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Sabtu.



2. Wanita maut dilanggar remaja 14 tahun

Seorang wanita maut manakala kakaknya parah selepas motosikal Honda Wave dinaiki mereka dilanggar sebuah kereta Proton Satria yang dipandu seorang remaja perempuan berusia 14 tahun di Jalan Kuala Kedah, petang, semalam.


3. Parlimen: Saifuddin sangkal dakwaan Muhyiddin polis larang sebut 3R

Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyangkal dakwaan Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Ketua Polis Negara mengeluarkan kenyataan yang menyekat mana-mana individu untuk bercakap mengenai isu 3R (Agama, Bangsa dan Institusi Diraja) di dalam negara ini.


4. Akaun Fleksibel untuk pengeluaran kecemasan KWSP dilaksana tahun depan

Kerajaan tidak bercadang meluluskan sekali lagi pengeluaran bersasar daripada dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).


5. Perit bergelandangan, komposer Ross Ariffin rindu lagu diputarkan

Komposer Ross Ariffin atau nama sebenarnya Roslan Ariffin mengakui rindu untuk kembali ke zaman kegemilangan itu selepas hampir empat tahun hidup sebagai gelandangan.


6. RM4 juta diberi kepada Najib, Guan Eng - Saksi

Saksi memberitahu mahkamah bahawa, RM4 juta diberi kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.


7. Kerajaan digesa jelaskan ralat angka hasil Belanjawan 2024 - Radzi

Kerajaan digesa memberi penjelasan mengenai ralat angka hasil selepas langkah Belanjawan 2024 pada dokumen tinjauan fiskal dan anggaran hasil kerajaan Persekutuan naik kepada RM4.698 bilion bagi cukai tidak langsung.


8. Denda RM5,000 jika tidak lapor penderaan seksual terhadap kanak-kanak

Individu yang mengetahui wujudnya perbuatan penderaan seksual terhadap kanak-kanak tetapi tidak melaporkan kepada pihak berkuasa boleh didenda hingga RM5,000.


9. Melaka dipilih tuan rumah WTD2025, satu pengiktirafan besar

Pemilihan Melaka sebagai tuan rumah Hari Pelancongan Dunia 2025 (WTD2025) merupakan satu pengiktirafan besar yang bakal menyaksikan negeri itu menjadi tumpuan masyarakat antarabangsa.


10. MetMalaysia ramal beberapa episod hujan lebat, gesa orang ramai berwaspada

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menasihati orang ramai supaya sentiasa peka dengan perubahan cuaca, susulan jangkaan empat hingga enam episod hujan lebat melanda negara bermula bulan depan hingga Feb 2024, yang berpotensi mengakibatkan banjir di kawasan berisiko.