ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 28 Oktober 2023.

1. Solidariti untuk Palestin: DAP bantah program pamer kekerasan senjata di sekolah
 
Anthony Loke berkata, DAP menentang sebarang bentuk keganasan dan membantah semua bentuk program yang mempamerkan unsur-unsur kekerasan bersenjata di semua sekolah.


2. Tiada unsur jenayah kes lelaki mati dalam tahanan - Bukit Aman

Hasil bedah siasat mendapati tiada sebarang kecederaan berunsurkan jenayah yang dikesan dan punca kematian masih menunggu hasil siasatan makmal.


3. Isu goyang gerudi: Penganjur mohon maaf, akui gagal kawal pengunjung

Penganjur mengakui kesilapan dan kelemahan pihaknya yang gagal mengawal pengunjung pada malam kejadian.


4, Pelakon Badrul Muhayat meninggal dunia

Pelakon Badrul Muhayat Ahmad Jailani, 55, meninggal dunia dalam tidur di sebuah homestay di Taman Pauh Jaya, Bukit Mertajam hari ini.


5. Dua lelaki warga Singapura ditahan terlibat kes pergaduhan maut

Dua lelaki warga Singapura ditahan reman selama sehari bagi membantu siasatan kes pergaduhan menggunakan senjata tajam hingga menyebabkan kematian seorang lelaki di Johor Bahru pada Jumaat.


6. 'Anggotai Kabinet hanya khabar angin' - Saravanan

Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan, menyifatkan dakwaan kononnya nama beliau akan tersenarai selepas rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan, hanyalah hanyalah khabar angin.


7. Minggu Solidariti Palestin: KPM tunggu laporan lengkap dakwaan ada unsur ekstremisme

Kementerian Pendidikan sedang menunggu laporan lengkap berhubung program solidariti Palestin yang didakwa berunsur ekstremisme di sebuah sekolah semasa menyatakan sokongan kepada rakyat Palestin.


8. Lebih 10,000 sertai Himpunan 10K Solidariti Palestin berhampiran Kedutaan AS

Himpunan anjuran Pas itu bermula kira-kira jam 1.45 tengah hari di Jalan Binjai, Persiaran KLCC sebelum bergerak ke Jalan Tun Razak, berhampiran Kedutaan AS.


9. Masalah kewangan KDA FC, Mohd Daud janji lunas tunggakan gaji

Pemilik pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar mengesahkan pasukan itu kini sedang berhadapan masalah kewangan yang menyebabkan bayaran gaji pasukan tertunggak.


10. Malaysia sambut baik, sokong resolusi UNGA terhadap gencatan senjata di Gaza

Malaysia menyambut baik dan menyokong penerimaan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menyeru kepada gencatan senjata segera dan berkekalan antara tentera Israel dan Hamas di Gaza.