NATIONAL
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 12 November 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 12 November 2023.
Bekas anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Sirul Azhar Umar, yang disabitkan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, antara puluhan individu yang dibebaskan daripada tahanan imigresen selepas keputusan mahkamah tinggi, pada Rabu.
Statistik menunjukkan ramai wanita memilih untuk menangguhkan rancangan kehamilan sehingga ada yang menjangkaui usia 40an.
Dalam tempoh kurang 48 jam seorang lagi menjadi mangsa serangan harimau di Gua Musang, kali ini di sebuah ladang di Kampung Meranto melibatkan lelaki warga Myanmar yang maut akibat serangan itu.
Kerajaan akan meneliti syor agar harga siling beras putih tempatan (BPT) dinaikkan bagi menjaga masa depan semua pihak dalam rantaian pengeluaran bahan makanan itu, terutama pesawah.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menunaikan ibadah umrah di tanah suci Makkah hari ini, selepas menghadiri Sidang Kemuncak Tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Riyadh.
Seorang mangsa yang terselamat dalam kejadian runtuhan bangunan sebuah resort di Pulau Perhentian di sini meninggal dunia pada Ahad menjadikan jumlah terkorban dalam insiden itu seramai dua orang.
7. Akta Lompat Parti perlu dipinda, terdapat kejanggalan - Ahmad Maslan
7. Akta Lompat Parti perlu dipinda, terdapat kejanggalan - Ahmad Maslan
Akta Anti Lompat Parti perlu diperhalusi dan ditambah baik kerana terdapat kejanggalan dalam akta tersebut selepas empat Ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional (PN) menyatakan sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan.
8. Malaysia, Jordan bincang kerjasama dua hala di luar sidang tergempar OIC - PM Anwar
8. Malaysia, Jordan bincang kerjasama dua hala di luar sidang tergempar OIC - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Raja Jordan Raja Abdullah II di luar Sidang Kemuncak Tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Riyadh.
9. Bot hilang kawalan rempuh jeti, dua kapal layar
9. Bot hilang kawalan rempuh jeti, dua kapal layar
Suasana di jeti Royal Selangor Yacht Club, Pelabuhan Klang di sini, gempar apabila dua kapal layar dilanggar sebuah bot barter trade yang mengalami kerosakan enjin, pada Ahad.
10. Keputusan bawa pulang Sirul Azhar akan dibincang - KPN
10. Keputusan bawa pulang Sirul Azhar akan dibincang - KPN
Polis Diraja Malaysia akan berbincang dengan pihak yang berkaitan termasuk Peguam Negara dan mahkamah di negara ini, bagi membuat keputusan dalam membawa pulang bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Sirul Azhar Umar yang dijatuhkan hukuman mati kerana membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami