awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
03/12/2023
15:59 MYT
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 3 Disember 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 3 Disember 2023.
1. COVID-19: Wujud trend peningkatan kes dalam negara sejak November 2023
Kes COVID-19 dalam negara kini menenunjukkan trend peningkatan sejak November 2023.
2. Calon PM: Ahmad Samsuri sedia pikul amanah jika diberi mandat
Ahli Parlimen Kemaman yang baharu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar sekali lagi menegaskan tidak pernah sesekali terlintas dan bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri.
3. Remaja lelaki tidak mengaku salah atas tuduhan merompak pemandu e-hailing
Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Sungai Petani hari ini atas pertuduhan merompak seorang pemandu e-hailing, Isnin lalu.
4. Dua wanita maut, kereta dirempuh lori tanah
Dua wanita maut selepas terlibat dalam kemalangan melibatkan empat buah kenderaan di Jalan Kolon, di sini pada pagi Ahad.
5. Pelaksanaan Identiti Digital Nasional berbeza dengan negara luar - Fahmi Fadzil
Pelaksanaan Identiti Digital Nasional (IDN) di Malaysia disifatkan sebagai jauh berbeza dengan negara-negara lain seperti Kanada dan India, selain keselamatan data pengguna adalah terjamin.
6. Mahkamah tangguh pendakwaan Warga Nepal cuba culik budak
Pendakwaan terhadap seorang lelaki warga Nepal di Mahkamah Majistret Gurun atas kesalahan cubaan menculik kanak-kanak terpaksa ditangguhkan berikutan tertuduh tidak memahami pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.
7. Tragedi Sungai Kim-Kim: Kerajaan Johor buat rayuan mahu hukuman setimpal
Kerajaan Johor akan membuat rayuan kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya (DPP) berhubung hukuman pelaku insiden pencemaran Sungai Kim Kim, Pasir Gudang yang menggemparkan pada 2019.
8. Bekas menteri Chua Jui Meng meninggal dunia
Bekas Menteri Kesihatan Datuk Chua Jui Meng meninggal dunia hari ini pada usia 80 tahun.
9. Mayat bayi perempuan ditemukan terdampar di Pantai Queensbay
Pengunjung Pantai Queensbay di Bayan Baru gempar apabila mayat seorang bayi perempuan ditemukan terdampar di kawasan pesisiran pantai itu hari ini.
10. Kebakaran kilang akibatkan letupan seperti bunga api
Kebakaran di sebuah kilang di Bukit Selambau dipercayai turut mengakibatkan letupan seakan-akan bunga api sehingga dapat dilihat jelas oleh pengguna jalan raya dalam kejadian petang Ahad.
Topic Berkaitan
#berita tempatan
#berita dalam negara
#berita hari ini
#Berita AWANI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan