ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 29 Januari 2024.


1. Daim minta dibicara kerana gagal isytihar harta, termasuk 25 hartanah dan 38 syarikat

Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen pada Isnin atas kesalahan tidak mengisytiharkan harta sewaktu pernyataan bertulis dengan bersumpah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).



2. Malaysia bersedia saksi pertukaran Agong dalam 48 jam, bukti keunikan sistem penggiliran raja

Malaysia sekali lagi akan menyaksikan momen yang amat bermakna dalam catatan sejarah Raja Berperlembagaan di negara ini dengan berlangsungnya dua istiadat penting dalam tempoh 48 jam ini, sekali gus menonjolkan keunikan sedia ada sistem penggiliran raja-raja Melayu yang telah diamalkan sejak 1957.


3. VLN: Rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Zahid belum diputuskan

Permohonan representasi yang dikemukakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi agar rayuan pendakwaan terhadap pembebasan dalam kes rasuah Sistem Visa Luar Negara (VLN) belum diputuskan oleh Jabatan Peguam Negara (AGC).


4. #AgongKita: Pergolakan politik detik pilu, merugikan negara - Al-Sultan Abdullah

Pergolakan politik merupakan situasi yang amat menyedihkan bagi Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sepanjang lima tahun pemerintahan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong.


5. Senarai aset Daim Zainuddin

Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen pada Isnin, atas kesalahan tidak mengisytiharkan harta sewaktu pernyataan bertulis dengan bersumpah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


6. Azmin pimpin Bersatu Selangor, Faizal diganti di Negeri Sembilan

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) membuat perubahan kepimpinan di Selangor dan Negeri Sembilan, yang disifatkan sebagai usaha membugarkan parti itu.


7. Wan Junaidi angkat sumpah Yang di-Pertua Negeri Sarawak

Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar selamat mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak kelapan dalam Majlis Istiadat Angkat Sumpah di Dewan Lapau, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini.


8. Tegur bakar sampah, warga emas cedera di muka, kepala kena pukul

Seorang warga emas cedera di bahagian muka akibat ditumbuk dan dipukul di belakang kepala oleh cucu jirannya gara-gara menegur membakar sampah secara terbuka di kawasan tanah mangsa di Tanjung Kling di sini semalam.


9. Kes pembunuhan Zayn Rayyan: Lebih 200 keterangan direkod

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata pihaknya, tidak akan pernah berhenti menyiasat dan akan terus mencari petunjuk baharu berdasarkan semua maklumat.


10. #AgongKita: Selamat pulang ‘jantung hati’, rakyat Pahang teruja sambut Al-Sultan Abdullah

Selepas lima tahun Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menggalas tanggungjawab sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, sudah tentu ia sentiasa terpahat di hati dan sanubari rakyat jelata.