ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 12 Mac 2024.
1. Konflik Palestin: Malaysia dan Jerman gesa gencatan senjata kekal dilaksanakan di Gaza
Malaysia dan Jerman menggesa agar gencatan senjata kekal dilaksanakan di Semenanjung Gaza selain pembebasan tawanan manakala bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin disegerakan.
2. "Satu cebis bukti pun tak dapat dikemuka"- KDN nafi layanan buruk di pusat tahanan
Kementerian Dalam Negeri menyangkal sekeras-kerasnya laporan terbaharu Human Rights Watch yang mendakwa kumpulan pelarian di dalam pusat tahanan Imigresen menerima layanan buruk sehingga mengakibatkan kematian.
3. "Tiada wartawan yang pernah diheret ke mahkamah" - Fahmi
Kementerian Komunikasi menegaskan Kod Eika Wartawan Malaysia yang dilancarkan baru-baru ini tidak mengekang wartawan daripada membuat pelaporan atau menerbitkan bahan berita.
4. PDRM dapatkan maklumat dakwaan warga Malaysia jadi 'raja dadah India'
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mendapatkan maklumat lanjut daripada pihak berkuasa India mengenai dakwaan bos ‘raja dadah India’ adalah warganegara Malaysia.
5. MetMalaysia ramal cuaca panas lebih 35 darjah Celsius di Semenanjung, Sabah
Cuaca kering dan panas dengan suhu melebihi 35 darjah Celsius diramalkan di kebanyakan tempat di Semenanjung dan Sabah sepanjang tempoh tujuh hari ke hadapan.
6. PLKN 3.0 mungkin tidak libat pelajar sekolah - Khaled
Kementerian Pertahanan (Mindef) memaklumkan program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 mungkin tidak melibatkan pelajar-pelajar sekolah, jika ia dilaksanakan kembali.
7. Tuntutan AS$15 bilion United Tausug Citizens terhadap Sabah 'membimbangkan' - Azalina
Tuntutan sebanyak AS$15 bilion (RM70.2 bilion) yang dikemukakan oleh United Tausug Citizens (UTC) ke atas Sabah perlu ditangani Kerajaan Malaysia dengan segera.
8. Lebih ramai pemimpin, pengasas Bersatu dijangka sertai PKR - Muhammad Faiz
Bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Dr Muhammad Faiz Na'aman menjangka lebih ramai pemimpin dan pengasas parti itu di semua peringkat akan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).
9. Kelantan United FC kini dikenali dengan KDN FC
Kelantan United FC (KUFC) dijenamakan semula kepada Kelantan Darul Naim (KDN FC) bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.
10. Dana SRC AS$15 juta dipindah kepada beberapa individu termasuk anak bekas PM Mongolia
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa sebuah syarikat yang dipercayai ada kaitan dengan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low menerima wang daripada SRC BVI berjumlah AS$15 juta dan memindahkannya kepada beberapa individu terkemuka.
Astro Awani
Tue Mar 12 2024
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 12 Mac 2024.
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Perak, Johor dan Pahang kekal
Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Johor dan Pahang masih kekal setakat pagi ini.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 8 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 6 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 2 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 1 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 30 November 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 27 November 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 24 November 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 23 November 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 20 November 2024.