ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 31 Mac 2024.
1. Kim Pan-gon nafi dakwaan, masih setia dengan Harimau Malaya
Kim Pan-gon menafikan dakwaan daripada sebuah akhbar tempatan bahawa dia sudah menghantarkan surat untuk menamatkan kontrak lebih awal dan hanya menuntut bayaran gaji tiga bulan.
2. Keratan video tular diambil di luar konteks, cubaan calar imej, main isu 3R - Fadhlina
Fadhlina Sidek berkata video tular di media sosial berkaitan isu kafir telah diambil di luar konsensus dan diselewengkan konteks dengan cubaan jahat mahu mencalarkan imej serta dan kredibiliti beliau.
3. Kementerian Kewangan perincikan skop pengecualian cukai perkhidmatan dalam sektor logistik
Kerajaan juga tidak akan mengenakan cukai perkhidmatan di kawasan zon bebas cukai.
4. Cadangan projek kereta api berkelajuan tinggi pemangkin ekonomi wilayah Borneo - Hajiji
Cadangan projek Kereta Api Trans Borneo menghubungkan Sabah, Sarawak, Brunei dan Kalimantan di Indonesia bakal menjadi pemangkin ekonomi bagi wilayah Borneo, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.
5. Tiada bukti kukuh, jurulatih para renang dibenar kembali latih atlet - MSN
Majlis Sukan Negara (MSN) memaklumkan dakwaan salah laku seksual membabitkan jurulatih para renang diklasifikasikan sebagai No Further Action (Tiada Tindakan Lanjut) kerana tiada bukti menyokong dakwaan berkenaan.
6. 'Laporan media Israel mungkin alasan propaganda alih perhatian' - PDRM
Dakwaan laporan media Israel berhubung seorang lelaki warga negara itu yang ditahan di sebuah hotel di Jalan Ampang, Rabu lalu adalah untuk membunuh ketua keluarga kumpulan penjenayah seteru, bukanlah satu-satunya fakta yang boleh diterima pakai dalam konteks siasatan polis.
7. Suspek lelaki Israel dikawal ketat 24 jam
Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperketatkan kawalan terhadap suspek lelaki warga Israel bagi mengelakkan sebarang kejadian di luar kawalan.
8. Jumlah daftar PADU cecah 10.8 juta, sasaran 50 peratus rakyat mendaftar mampu dicapai hari ini
Lebih 10.8 juta rakyat sudah mengemas kini profil mereka dalam Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) setakat jam 12 tengah hari pada Ahad.
9. Polis sahkan terima laporan fitnah Menteri Pendidikan
Polis mengesahkan telah menerima satu laporan berhubung isu fitnah mengaitkan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek yang tular di aplikasi WhatApps dan laman Facebook.
10. Kanak-kanak maut, dua masih hilang dihanyut kepala air di Seri Kembangan
Keseronokan lima beranak menjala ikan di sebatang sungai di sini bertukar tragedi apabila tiga daripadanya dikhuariti lemas selepas dihanyut arus dalam kejadian kepala air pada petang Ahad.
Astro Awani
Sun Mar 31 2024
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 31 Mac 2024.
Jangan kaitkan isu perkauman, politik dengan sektor pelancongan - King Sing
King Sing berkata sikap perkauman juga boleh mengakibatkan para pelancong 'takut' untuk mengunjungi Malaysia, sekali gus menjejaskan pertumbuhan ekonomi.
Trump dinobat 'Person of the Year' majalah Time
Edisi terkini turut memaparkan wawancara eksklusif bersama Trump yang berlangsung pada 25 November di resortnya, Mar-a-Lago, Florida.
Politik negara lebih stabil pada 2024
Tahun kedua di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan menyaksikan pentas politik negara lebih stabil berbanding tahun 2023.
Sektor pelancongan pulih, MOTAC manfaat Kepengerusian ASEAN 2025
Statistik terbaharu itu menunjukkan peningkatan sebanyak 5.6 peratus berbanding 32.35 juta pelancong dalam tempoh sama pada 2019.
Didesak letak jawatan: Beritahu mana kelemahan dan apa patut saya ubah? - Menteri MOTAC
Menurut King Sing, beliau mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak dalam usaha untuk menambah baik kelemahan.
Trump undang Presiden China hadiri majlis angkat sumpah bulan depan
Trump menghulurkan jemputan itu kepada Xi pada awal November, sejurus selepas pilihan raya.
Palestin sambut baik Ireland sertai kes genosid ke atas Israel di ICJ
Setakat ini, lebih 10 negara, termasuk Turkiye, Sepanyol, dan Mexico, telah menyertai kes ICJ terhadap Israel.
Parti pemerintah sokong usul pemecatan Presiden
Krisis politik di Korea Selatan semakin meruncing apabila parti pemerintah, People Power Party (PPP), memberikan sokongan kepada usul pemecatan Presiden, Yoon Suk Yeol.
Tentera Israel mula berundur dari selatan Lubnan
Pasukan Tentera Israel melaksanakan proses pengunduran pertama dari sebuah bandar di selatan Lubnan, yang digantikan dengan tentera Lubnan berdasarkan perjanjian gencatan senjata.
Ketua parti pemerintah Korea Selatan sokong usul pendakwaan terhadap Presiden Yoon
PPP turut menggesa penubuhan jawatankuasa etika bagi mempertimbangkan sama ada parti itu perlu meminta Yoon berundur daripada parti itu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 12 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 9 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 7 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 6 Disember 2024.