NATIONAL
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 8 Mei 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 8 Mei 2025.
Polis menahan seorang pemandu lori, bagi membantu siasatan kemalangan melibatkan enam kenderaan di susur keluar Lebuhraya Guthrie.
Polis berjaya merampas lebih 44kg pelbagai jenis dadah, bernilai lebih RM4.6 juta dalam empat serbuan sekitar Lumut dan Sitiawan,
Alexander berkata tuduhan tidak berasas itu bukan sahaja menjejaskan reputasinya secara peribadi, malah turut mencemarkan nama baik Kementerian Kerja Raya serta kerajaan Malaysia secara keseluruhan.
Peguam yang mewakili pemain sayap kebangsaan dan Selangor FC, Faisal Halim, mendesak pihak berkuasa menjalankan siasatan lanjut berhubung kes serangan simbahan asid.
Berdasarkan rakaman CCTV, polis mendapati mangsa memberi kerjasama tanpa sebarang pergelutan, dan pergerakan penculikan berjalan lancar.
Seramai 21 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menjalani kursus di kolej ketenteraan di Pakistan dan India disahkan berada dalam keadaan selamat.
Seorang Tan Sri sedang disiasat SPRM berhubung kes pengubahan wang haram membabitkan pemilikan saham Sapura Energy Berhad (SEB) bernilai RM500 juta.
RAUB: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan turun padang meninjau lokasi tanah yang diceroboh dengan tanaman durian di Batu 3 Sungai Ruan-Sungai Klau di sini.
Naib Presiden PKR Nik Nazmi Nik Ahmad menawarkan tiga agenda utama kepada anggota parti itu dalam usahanya mempertahankan jawatan berkenaan dalam Pemilihan PKR bagi sesi 2025-2028.
Malaysia bersedia menjadi peneraju dalam ekonomi digital global dengan adanya kepimpinan yang jelas dan ekosistem teknologi yang progresif, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami