awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SUKAN
Termizi Yusuf juara Kejohanan Catur Wilayah Sarawak bagi OKU
MALAYSIA
Lelaki mati ditikam selepas bergaduh dengan rakan sekerja
SUKAN
Qabil bangkit tamatkan kejohanan di kedudukan podium pada ESBK Talent Aragon
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
29/06/2025
15:59 MYT
Sponsor Banner
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 29 Jun 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 29 Jun 2025.
1. Jaga adab ketika ziarah, jangan lakukan khurafat - Ibu Allahyarham Nurly Shahirah
Ibu kepada Allahyarham Nurly Shahirah Azman, seorang daripada mangsa kemalangan ngeri di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) di Gerik pada 9 Jun lepas meminta orang ramai yang menziarahi pusara anaknya supaya menjaga adab dengan tidak melakukan perbuatan syirik dan khurafat.
2. Mohd Shuhaily sahkan ditukar ke AKPS
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain ditukarkan ke Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), berkuat kuasa Isnin.
3. Agong berkenan terima menghadap Ketua Polis Negara baharu
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Ketua Polis Negara yang baharu Datuk Seri Mohd Khalid Ismail.
4. Hospital Pasir Gudang beroperasi secara berfasa mulai 1 Ogos
Hospital Pasir Gudang (HPG) yang diserahkan secara rasmi kepada Kementerian Kesihatan (KKM) pada Ahad, akan beroperasi secara berfasa mulai 1 Ogos ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
5. Buli: 'Saya tak nak tengok anak-anak Mara masuk lokap' - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (Mara) tidak mahu melihat pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) berakhir dengan tindakan undang-undang hanya kerana terlibat dalam budaya buli.
6. Pemandu, penumpang bas ekspres, persiaran wajib pakai tali pinggang keledar mulai 1 Julai
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mewajibkan pemasangan dan pemakaian tali pinggang keledar bagi semua bas ekspres dan bas persiaran bermula 1 Julai ini.
7. Tiga lemas: Pemandu bot terbalik di Pulau Perhentian positif dadah
Pemandu yang terlibat dalam insiden bot pelancong terbalik di perairan Pulau Perhentian pada malam Sabtu didapati mempunyai lima rekod lampau berkaitan kes dadah dan jenayah.
8. Warga ATM perlu elak muat naik kandungan tidak wajar di media sosial
Warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diingatkan supaya tidak memuat naik kandungan tidak wajar di media sosial termasuk berkaitan aset keselamatan bagi mengelakkan pihak yang mempunyai niat tidak baik mengetahui kekuatan pertahanan negara.
9. PH-BN bukan 'parti Malaya', ada komponen tempatan - Ahmad Maslan
Kehadiran lebih tiga dekad UMNO di Sabah membuktikan parti itu bukan lagi boleh dilabel sebagai 'parti luar' atau 'parti Malaya' sebaliknya sudah menjadi sebahagian daripada landskap politik Negeri Di Bawah Bayu.
10. 'Ambil tanah kubur Nurly, mohon ampun kepada Allah SWT'
Keluarga kepada Allahyarham Nurly Sahirah Azman berharap agar individu yang mengambil tanah pusara anak mereka tampil memohon maaf serta memohon keampunan kepada Allah SWT.
Topic Berkaitan
#berita tempatan
#berita dalam negara
#berita hari ini
#Berita AWANI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami