MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 25 Julai 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 25 Julai 2025.
1. Pengharaman vape: Syed Mohamed Aljunid berang dituduh tidak berpegang kepada realiti
Program Dialog Tiga Penjuru Astro AWANI yang bersiaran pada 24 Julai sedikit hangat apabila berlaku pertelingkahan kecil antara panelis iaitu Pakar Perubatan Awam, IMU University, Prof Datuk Dr Syed Mohamed Aljunid Syed Junid dan Pengarah Nanostix, Shahabudeen Jalil Kamarul Jaman.
2. PDRM komited pastikan Himpunan ‘Turun Anwar’ berjalan lancar - KPN
Polis Diraja Malaysia memberi jaminan akan memainkan peranan sebagai pemudah cara bagi memastikan Himpunan ‘Turun Anwar’ yang dijangka berlangsung esok berjalan lancar dan selamat.
3. Usaha henti 'counter setting' diperhebat - Mohd Shuhaily
Usaha membanteras kegiatan 'counter setting' di pintu masuk negara akan dipertingkatkan menerusi dasar sokongan yang lebih kukuh, kata Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.
4. Penjawat awam perlu patuh garis panduan jika sertai ‘Perhimpunan Turun Anwar’
Kerajaan Selangor menasihatkan penjawat awam supaya mematuhi garis panduan dan arahan pentadbiran sedia ada sekiranya ingin menyertai 'Perhimpunan Turun Anwar' yang dijadualkan berlangsung Sabtu.
5. Perhimpunan: Beberapa laluan di pusat bandar raya dilencongkan - Polis
Beberapa laluan utama di sekitar pusat bandar raya ini dijangka mengalami lencongan trafik berikutan perhimpunan anjuran pembangkang di Dataran Merdeka, pada Sabtu.
6. Rakyat Malaysia dinasihat elak lawatan ke utara dan timur laut Thailand
Rakyat Malaysia di Thailand digesa supaya sentiasa berwaspada dan mengelak perjalanan tidak penting ke kawasan berhampiran sempadan dengan Kemboja, susulan penutupan sementara pusat pemeriksaan dan kawasan pelancongan berhampiran di tujuh wilayah di utara dan timur laut Thailand berikutan ketegangan yang semakin memuncak di sempadan antara kedua-dua negara jiran itu.
7. Bukan mudah untuk turun harga minyak walau enam sen - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bukan mudah untuk kerajaan menurunkan harga minyak RON95 walaupun hanya enam sen kerana perlu mengambil kira implikasi kewangan kepada negara.
8. FB sekat audio tular kerana langgar dasar piawai kandungan platform - MCMC
Audio tular yang didakwa dirakam semasa mesyuarat dalaman telah disekat oleh Facebook (Meta) susulan pelanggaran dasar kandungan platfrom itu, menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
9. Bersih, lima CSO lain tolak dakwaan akan sertai Himpunan Turun Anwar
Perjumpaan antara beberapa pertubuhan masyarakat (CSO) dengan pemimpin Perikatan Nasional, pada 1 Julai lepas, khususnya Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainuddin bukan bermaksud mereka menyokong agenda pembangkang.
10. Pelantikan Ketua Audit Negara teratur, tiada keperluan Wan Suraya dibersarakan - AGC
Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini menjelaskan berdasarkan Perkara 105 Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan subperenggan 1(1) Jadual Pertama kepada Akta Audit 1957 (Akta 62), Ketua Audit Negara boleh dilantik dalam kalangan anggota perkhidmatan awam.