MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 10 Ogos 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 10 Ogos 2025.
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menegaskan, tiada sebarang perubahan terhadap kategori kenderaan yang dikenakan tol pada masa ini, termasuk bagi penunggang motosikal.
Hari ini genap 78 tahun usia Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Seorang individu disiasat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berhubung penyebaran kandungan di media sosial berkaitan kes Allahyarham Zara Qairina Mahathir yang dipercayai mengandungi maklumat palsu serta unsur 3R (kaum, agama dan institusi diraja).
Noraidah Lamat menitiskan air mata semasa proses pengecaman jenazah anaknya sebelum bedah siasat dijalankan.
5. Polis Kelantan buru dua rakan aniaya Eda Ezrin
5. Polis Kelantan buru dua rakan aniaya Eda Ezrin
Lelaki dan wanita terbabit dipercayai menganiayai Eda Ezrin, suami dan empat rakan sehingga mereka ditahan selama sembilan bulan di Penjara Pusat Wilayah Narathiwat.
Polis menahan sepasang suami isteri kerana disyaki mendera bayi lelaki berusia setahun 11 bulan hingga meninggal dunia.
Jenazah Allahyarham Zara Qairina Mahathir, 13, dibawa keluar dari Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth I, di sini kira-kira 9.30 malam ini setelah proses bedah siasat selesai.
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berangkat pulang ke tanah air pada Ahad selepas menamatkan lawatan negara selama enam hari di Rusia.
Sistem UPUOnline merekodkan sebanyak 511,006 kemasukan bagi program prasiswazah di Universiti Awam (UA) di seluruh negara bagi tahun ini, dengan 497,020 kemasukan atau 97.26 peratus ialah pelajar tempatan.
Polis menahan pemilik kedai perkakasan di Jalan Bertam Perdana di sini, bagi membantu siasatan insiden Jalur Gemilang dipasang secara terbalik di hadapan premisnya, semalam.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami