Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 27 November 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 27 November 2025.
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Sabah supaya bangkit pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 ini, dengan menolak pemimpin yang hanya mengejar kekayaan dan menindas masyarakat, terutama golongan miskin.
Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan Amaran Ribut Tropika (SENYAR) susulan sistem cuaca itu dikesan menghala ke kawasan perairan berhampiran negara.
Lebih 700 rakyat Malaysia berjaya dipindahkan dari Hatyai ke Bukit Kayu Hitam, Kedah susulan banjir besar yang melanda selatan Thailand, termasuk mereka yang berada di pusat pemindahan sementara.
Seorang pelajar lelaki tingkatan empat sebuah sekolah di sini ditemui pengsan dan mengalami kecederaan lebam di badan selepas mendakwa dibelasah empat rakan sekolah Isnin lalu.
Malaysia kini berdepan cuaca tidak menentu selepas ribut tropika Senyar dikesan menghampiri perairan negara, sekali gus membawa hujan lebat, angin kencang dan laut bergelora.
6. Konvokesyen ke-65: UM bakal raikan 11,356 graduan, rekod tertinggi sejak penubuhan
6. Konvokesyen ke-65: UM bakal raikan 11,356 graduan, rekod tertinggi sejak penubuhan
Universiti Malaya (UM) bakal melakar sejarah apabila meraikan sebanyak 11,356 graduan pada Istiadat Konvokesyen ke-65 dari 29 Nov hingga 10 Dis, sekali gus mencatatkan jumlah graduan tertinggi dalam tempoh 120 tahun penubuhan universiti itu.
Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini merakam keterangan wanita yang dilihat dalam klip video perbualan bersama seorang ahli perniagaan Albert Tei bagi membantu siasatan melibatkan tohmahan terhadap bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.
8. PRN Sabah: 'Saya tak mahu kempen janji sana janji sini, tetapi beritahu apa kita buat' - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kehadiran beliau ke Sabah termasuk di ceramah dan kempen sempena Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-17 bukan untuk menabur janji menyelesaikan isu tiga serangkai air, elektrik serta jalan.
Kerajaan berjaya mendapatkan semula dana berjumlah RM31.2 bilion (termasuk hibah dan pelarasan tukaran wang asing) berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd (SRC) sejak penubuhan Akaun Amanah Mendapatkan Kembali Aset (AA MKA) pada Disember, 2018 sehingga 30 September, 2025.
Suspek yang terlibat dalam insiden serangan terhadap wartawan sukan dan Timbalan Presiden Kelab Akhbar Kebangsaan (NPC) Haresh Deol dipercayai tersalah sasaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


