MALAYSIA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 06/01/2026 | 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 6 Januari 2026.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 6 Januari 2026.


1. Tun M dimasukkan ke IJN

Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), di sini, sekitar jam 9.30 pagi tadi akibat terjatuh di kediamannya pada awal pagi.



2. Kerjasama dengan Pas: UMNO tidak mahu 'dipatuk ular sama kali kedua' - Ahmad Zahid

UMNO menegaskan tidak mahu mengulangi kesilapan lalu dalam mempertimbangkan sebarang bentuk kerjasama politik dengan pembangkang termasuk menghidupkan semula Muafakat Nasional (MN).


3. Jeneral Azhan dilantik Panglima Tentera Darat

Jeneral Datuk Azhan Md Othman secara rasmi dilantik sebagai Panglima Tentera Darat (PTD) ke-31 berkuat kuasa 1 Januari 2026.


4. Isu tular 'yeye': PTD seru anggota kekal tenang, sifatkan kejadian terpencil

Panglima Tentera Darat Jeneral Datuk Azhan Md Othman menegaskan TDM mampu mengelola keadaan melibatkan isu yang sedang tular di media sosial yang didakwa melibatkan pegawai tentera.


5. Suspek rempuh pelajar UniSZA miliki rekod rawatan psikiatri - Polis

Pemandu kereta yang terlibat dalam kemalangan maut membabitkan pelajar UniSZA di Kuala Terengganu semalam disahkan menghidap Major Depressive Disorder (MDD).


6. Tun Mahathir disahkan patah tulang pinggul kanan

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, disahkan mengalami kecederaan patah tulang pinggul kanan dan perlu menjalani rawatan serta pemantauan selama beberapa minggu.


7. Bersatu pecat Saifuddin Abdullah

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memecat ahli Majlis Pimpinan Tertingginya, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkuat kuasa hari ini.


8. 17 pengarah syarikat direman, disyaki terlibat rangkaian kartel tender perolehan Tentera Darat

Perintah reman selama lima hari sehingga 10 Januari 2026 terhadap kesemua suspek telah dikeluarkan Majistret Ezrene Zakariah selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi.


9. Tiada penalti ketidakpatuhan e-Invois dengan syarat pembayar cukai ikut peraturan - LHDN

Kerajaan bersetuju supaya pembayar cukai yang terlibat dalam pelaksanaan e-Invois Fasa 4, bermula dari 1 Januari 2026 diberi tempoh peralihan selama 12 bulan sehingga 31 Disember berbanding tempoh 6 bulan yang ditetapkan sebelum ini.


10. SPRM bangun sistem pencegahan kebocoran maklumat perolehan kerajaan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang membangunkan satu sistem bagi mencegah kebocoran maklumat melibatkan perolehan untuk kegunaan agensi kerajaan.



#berita tempatan #berita dalam negara #berita hari ini #Berita AWANI #berita Malaysia