MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang Sabtu

Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 20 Februari 2021.
Kumpulan pertama vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) melalui penerbangan MH604 pada jam 10.00 pagi esok (Ahad) dan akan dikendalikan oleh MABkargo Sdn Bhd (MASKargo).
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran mengenai ribut tropika yang berada pada kedudukan kira-kira 1,324 kilometer (km) ke timur Sandakan, Sabah.
Rakyat Malaysia diseru supaya tidak berputus asa meskipun negara sedang berdepan dengan situasi yang “cukup luar biasa” akibat penularan COVID-19.
Sebahagian besar golongan ibu bapa di Pulau Pinang masih meluahkan perasaan bimbang bagi melepaskan anak mereka untuk kembali semula ke sekolah.
Sebanyak 500 unit Rumah Malaysia dirancang dibina di Lanchang, kira-kira 140 kilometer dari sini, pada tahun ini, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Zuraida Kamaruddin.
Beliau berkata ia merupakan antara 11 projek Rumah Malaysia yang melibatkan pembinaan di seluruh negara.
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) melanjutkan operasi premis makanan dan minuman di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) dan hentian sebelah di lebuh raya kendaliannya hingga 12 tengah malam di negeri-negeri yang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Kesatuan Guru Sarawak (STU) berpendapat warga pendidik perlu dilibatkan dalam kumpulan pertama penerima vaksin COVID-19.
Ini memandangan golongan ini merupakan golongan yang akan berinteraksi dengan pelajar yang ramai, sekali gus terdedah kepada risiko jangkitan wabak tersebut.
Seramai 42,120 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di seluruh negara akan menerima suntikan vaksin COVID-19 pada fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang dijadualkan bermula 26 Feb ini.
Rakyat Sarawak kini boleh mendaftar untuk mendapatkan vaksin COVID-19 secara percuma, kata Datuk Amar Douglas Uggah Embas.
Tindakan sebahagian warganet mengecam dan mentertawakan, penyampaian seorang guru sains semasa mengajar dalam bahasa Inggeris di saluran televisyen pendidikan DidikTV, merupakan satu perbuatan buli siber, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami