MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang Selasa

Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 2 Mac 2021.
Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-354 yang bersidang hari ini bersetuju meluluskan pendaftaran secara bersyarat untuk kegunaan semasa bencana bagi produk vaksin COVID-19.
COVID-19: 1,555 kes baharu, enam kematian
2) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 1,555 jangkitan baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu.
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang yang dijadualkan berakhir pada Khamis ini tidak akan dilanjutkan.
Keputusan sama ada membenarkan rentas negeri atau sebaliknya selepas kes COVID-19 turun kepada dua angka, hanya akan diputuskan selepas mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Aktiviti penggambaran serta tayangan filem di pawagan dibenarkan di seluruh negeri yang berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP).
Presiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru), Mohd Azizee Hasan berkata, pertimbangan harus dibuat memandangkan sesi pembelajaran tidak begitu sempurna sejak kebelakangan ini.
Demikian luahan penderma hati pertama negara, Wan Hafizam Wan Ismail, 45, yang turut menghadiri pengebumian penerima sebahagian organnya itu, Mohd Afiq Ikmal Muhammad Zaini, 23, di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Baroqah, Tikam Batu, petang tadi.
Sekiranya UMNO yang dipimpin Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kekal dengan keputusan tidak bersama dengan Perikatan Nasional (PN), tindakan itu hanya akan memberi kelebihan kepada Pakatan Harapan (PH).
Sejak beberapa tahun lalu, terdapat spekulasi bahawa Tunku Mahkota Johor (TMJ), yang merupakan rakan rapat kepada pemilik Valencia, Peter Lim, akan mengambil alih pasukan itu dan perkara berkenaan kini semakin diperkuatkan menerusi kiriman terbaru Instagram Story TMJ.
Proton Holdings Bhd telah menyampaikan 11,873 kereta pada Februari (domestik dan eksport) untuk mencapai tahap pasaran tertinggi dalam tempoh tujuh tahun, bersamaan dengan 27.1 peratus penguasaan pasaran automotif, paling tinggi sejak September 2013.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami