KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut Adam Radlan Adam Muhammad yang menghadapi 12 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram berhubung projek Jana Wibawa pada 27 Mei ini di Mahkamah Sesyen di sini ditangguhkan ke 10 Jun.
Hakim Suzana Hussin melapangkan tarikh perbicaraan berkenaan selepas Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Fadhly Mohd Zamry memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihak pendakwaan tidak membantah permohonan pembelaan untuk penangguhan perbicaraan kes berkenaan pada 27, 28 dan 29 Mei.
"Hari ini ditetapkan untuk sebutan kes bagi memaklumkan mengenai status pernyataan saksi-saksi pendakwaan yang akan diserahkan kepada pihak pembelaan bagi tujuan perbicaraan," kata Mohamad Fadhly yang turut memaklumkan pihaknya akan menyerahkan pernyataan saksi-saksi pendakwaan kepada pembelaan dalam tempoh 14 hari sebelum perbicaraan bermula.
Peguam Alaistair Brandah Norman yang mewakili Adam Radlan, 43, yang menghadapi lima pertuduhan rasuah dan tujuh pertuduhan pengubahan wang haram mengesahkan perkara berkenaan.
Mahkamah sebelum ini menetapkan tarikh perbicaraan selama 15 hari bermula Mei ini iaitu pada 27 hingga 29 Mei, 10 hingga 12 Jun, 9 hingga 11 Julai, 22 hingga 24 Julai dan 5 hingga 7 Ogos 2024.
Mohamad Fadhly yang ditemui pemberita selepas prosiding berkata pihak pembelaan memohon penangguhan perbicaraan selama tiga hari itu berikutan peguam utama Adam Radlan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah terlibat dalam kes bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Mahkamah Tinggi.
Dia turut didakwa menerima suapan RM500,000 daripada individu sama sebagai upah, kerana membantu syarikat itu mendapatkan surat sama bagi Projek Membina Jalan Sungai Adam ke Kampung Banat, Perlis daripada kerajaan secara rundingan terus yang jumlah keseluruhannya bernilai RM47.8 juta.
Kesemua pertuduhan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009, dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Adam Radlan turut berdepan tujuh pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah lebih RM3 juta mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.
Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di sekitar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya antara Mac 2021 hingga Jan 2023.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 09 2024
Mahkamah sebelum ini menetapkan tarikh perbicaraan selama 15 hari bermula Mei ini. - Gambar fail/Bernama
SPRM terima aduan baharu berkaitan isu kontrak suami Hannah Yeoh
SPRM menerima beberapa aduan baharu berkaitan isu kontrak yang diterima oleh suami Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh daripada kerajaan Selangor.
Ketua sindiket antara 14 ditahan, dadah RM11.6 juta dirampas
Polis menahan 14 individu termasuk seorang ketua sindiket dan merampas dadah bernilai RM11.6 juta, dalam serbuan di sekitar Johor Bahru.
Suami isteri maut gara-gara kereta masuk laluan bertentangan
Kereta Proton Saga yang dipandu pelajar lelaki berusia 20 tahun telah masuk ke laluan bertentangan dan melanggar motosikal dinaiki mangsa.
Polis kesan suspek kes kucing dibungkus dalam guni dan dibuang ke sungai
Polis sedang mengesan suspek kes kucing dibungkus dalam guni dan dibuang ke sungai di Jalan Kota Giam, Jelutong, di George Town semalam.
Tumpahan minyak lori terbakar hampir sebabkan gangguan air di Selangor
Tumpahan minyak daripada kenderaan itu berisiko menyebabkan pencemaran kepada sumber air berhampiran Sungai Lamiar dan seterusnya ke Sungai Labu, Selangor.
Raikan perpaduan, teras ke arah kemakmuran bersama
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan selamat Hari Gawai Dayak kepada seluruh masyarakat Dayak khususnya di Sarawak dan di mana sahaja mereka meraikan perayaan itu.
Alena & Velvet ajak anda 'berjugit' Gawai ini
Pemain sape Alena Murang dan penyanyi Velvet Aduk mengajak anda 'berjugit betanda' sempena kemeriahan sambutan pesta menuai kali ini. 'Berjugit Betanda Menari' lagu rancak yang disulamkan dengan rentak etnik ini adalah karya pertama dua duo ini yang turut dinyanyikan dalam bahasa Iban dan Dusun.
Majikan perlu awasi pekerja, walaupun bekerja dari rumah
Perkara ini selaras dengan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022 yang dipinda, yang mula berkuat kuasa hari ini.
Ibu bapa diugut bunuh, Iman Troye tidak buat laporan polis
Kerap menjadi mangsa buli siber, penyanyi Iman Troye mengakui pernah berdepan ugutan bunuh terhadap kedua-dua ibu bapanya.
Remaja maut dua motosikal bertembung
Nahas meragut nyawa seorang pembantu kedai makan, Amirul Amin Abdussalam, akibat cedera parah pada kepala dan anggota badan.
Bicara kes rasuah, pengubahan wang haram Adam Radlan ditangguh ke 10 Jun ini
Perbicaraan kes Adam Radlan yang menghadapi 12 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram berhubung projek Jana Wibawa ditangguhkan ke 10 Jun.
Mahkamah benar lima pertuduhan rasuah Adam Radlan dibicara bersama
Mahkamah memutuskan supaya lima pertuduhan rasuah berkaitan Program Jana Wibawa yang dihadapi Adam Radlan, dibicarakan bersama.
Pendakwaan ahli politik bersifat balas dendam, ugutan - Pekemas
Faizan berkata perkara sedemikian disifatkan sebagai tidak sihat.
Kes Adam Radlan: Hentikan pendakwaan politik - Peguam
Mohd Khairul Azam berkata pendakwaan bermotifkan politik tidak baik untuk persepsi rakyat terhadap sistem kehakiman negara.
'Berjuang habis-habisan, berani kerana benar' - Adam Radlan
Pada 9 November lalu, Adam Radlan, 42, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Datuk Anita Harun.
Adam Radlan akan didakwa lagi pertuduhan pengubahan wang haram minggu depan
Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut Adam Radlan Adam Muhammad akan didakwa lagi atas pertuduhan menggunakan wang hasil daripada aktiviti haram di Mahkamah Sesyen Shah Alam minggu hadapan.
Kes Jana Wibawa: Adam Radlan didakwa lagi
Adam Radlan didakwa atas pertuduhan meminta rasuah berjumlah RM2 juta berhubung projek Jana Wibawa.
Kes rasuah Jana Wibawa: Adam Radlan hadapi dua lagi pertuduhan
Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan terhadapnya dibacakan.
Jana Wibawa: 'Pertuduhan terhadap saya untuk alih tumpuan kegagalan Kerajaan' - Wan Saiful
Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan mendakwa pertuduhan melibatkan projek Jana Wibawa ke atasnya dilakukan bagi mengalih tumpuan susulan kegagalan Kerajaan menangani masalah rakyat.
Jana Wibawa: Adam Radlan mengaku tidak bersalah minta, terima rasuah
Jika sabit kesalahan, dia boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan.