awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
SHMMP: KPDN Pulau Pinang tempatkan 137 pegawai penguat kuasa, 60 pegawai pemantau
Tiga empangan di Pulau Pinang catat kapasiti lebih 90 peratus menjelang musim kering
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BN kekal kemenangan di Pengkalan Kubor, majoriti bertambah

Astro Awani
Astro Awani
25/09/2014
13:01 MYT
BN kekal kemenangan di Pengkalan Kubor, majoriti bertambah
BN kekal kemenangan di Pengkalan Kubor, majoriti bertambah
Barisan Nasional (BN) mengekalkan kemenangan pada Pilihan Raya Kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor di Tumpat, Kelantan dengan penambahan majoriti kepada 2,635.
Ia sekali gus menjadikan calon BN, Mat Razi Mat Ail menewaskan dua lagi calon daripada PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary.
Pegawai Pengurus Pilihan Raya PRK DUN Pengkalan Kubor,, Mohd Sobri Ramli mengumumkan, BN memperoleh 9,961 undi, diikuti PAS dengan 7,326 undi dan Bebas, 38 undi sementara 230 undi rosak.
Seramai 73 peratus daripada 23,929 pemilih berdaftar keluar mengundi apabila pusat pengundian ditutup pada jam 5 petang tadi.
Keputusan diumum di pusat penjumlahan rasmi undi di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato' Biji Wangsa, Tumpat
PRK itu diadakan susulan kematian wakil rakyat DUN itu daripada BN Datuk Noor Zahidi Omar pada 20 Ogos lepas.
Pada pilihan raya umum ke-13 pada Mei tahun lalu, Noor Zahidi mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon Bebas, Izat Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.
Topic Berkaitan
#Bebas
#BN
#kubor
#majoriti
#PAS
#PRK
#Tumpat
#undi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan