YAN: Kerajaan terutama agensi penguatkuasaan di bawah Kementerian Dalam Negeri tidak harus dipertanggungjawabkan sepenuhnya berkaitan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) lebih-lebih lagi apabila semakin banyak kelonggaran diberikan kepada rakyat.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata semua pihak harus bersama memainkan peranan dengan menjadikan amalan mematuhi SOP sebagai perkara biasa, apatah lagi apabila wabak COVID-19 diumumkan sebagai endemik nanti.
"Saya mewakili KDN yang bertanggungjawab terhadap pematuhan SOP, kerja kami bukan hanya jaga SOP tapi kami nak juga lihat dari segi kehidupan agar ia benar-benar seimbang. Kalau kami hanya kerja nak sekat orang, kesalahan tak ikut SOP, itu sesuatu yang amat kecil.
"Biarlah kita mempunyai strategi yang lain menjaga sempadan, jaga tempat pintu masuk, jaga mereka yang cuba ceroboh bawa dadah dan sebagainya, begitu juga mereka yang cuba masuk melalui sempadan kita. Biar fokus kami kepada itu," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Terdahulu beliau mendengar taklimat mengenai bencana banjir dan fenomena kepala air Gunung Jerai yang disampaikan Pegawai Daerah Yan Tunku Iskandar Shah Tunku Muzaffar Shah serta meninjau kawasan yang terjejas di Titi Hayun di sini.
Hamzah berkata kerajaan juga tidak harus dipersalahkan sekiranya ada pihak tidak memainkan peranan dalam menjaga SOP termasuk majikan yang sepatutnya menjalankan tanggungjawab itu ke atas pekerja mereka.
"Saya bagi contoh, kalau kilang dibenarkan beroperasi, siapa yang sepatutnya menjaga SOP, pihak pengurusan, tetapi hari ini mengapa pulak kita salahkan kerajaan kerana tak menjaga SOP.
"Sepatutnya majikan yang mula jaga, kalau majikan jaga dan ada sesuatu yang kurang senang (dengan pelaksanaan SOP oleh majikan), laporkan kepada kerajaan dan kami akan hantar pasukan," katanya.
Sementara itu, Hamzah berkata setakat ini tiada isu mengenai pegawai dan kakitangan KDN serta agensi di bawahnya yang kebanyakan adalah petugas barisan hadapan dalam mengekang penularan COVID-19, yang enggan menerima suntikan vaksin.
"Sebagai petugas barisan hadapan, kami sudah pastikan lebih 91 peratus warga Polis Diraja Malaysia mendapat vaksin, malah kakitangan Jabatan Penjara Malaysia sudah hampir 100 peratus divaksin setakat ini," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata Jabatan Pendaftaran Negara akan menyediakan perkhidmatan bergerak bagi membantu proses penggantian atau pengeluaran semula dokumen pengenalan diri mangsa banjir yang hilang atau rosak dalam kejadian banjir di sini pada 18 Ogos lalu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 05 2021
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin meninjau persekitaran rumah penduduk yang terjejas ketika mengadakan lawatan kerja ke Titi Hayun di sini. - Foto BERNAMA
Dua pegawai atasan syarikat pembekalan air Johor ditahan SPRM
Kedua-dua lelaki berusia 36 dan 40 tahun tersebut ditahan di pejabat SPRM Selangor kira-kira jam 2 petang Isnin.
Israel bunuh 40 rakyat Palestin ketika rundingan gencatan senjata bermula
Daripada jumlah itu, lebih separuh maut di bandar Rafah di selatan Gaza di mana ia meranapkan tiga buah rumah.
Banyak respons positif terhadap pelaksanaan VAR - Stuart
Ia berdasarkan maklum balas dikumpul selepas lapan perlawanan pramusim pasukan Liga-M yang menguji pelaksanaan sistem VAR baru-baru ini.
A.S sahkan 5 unit Israel cabul hak asasi sebelum perang
Amerika Syarikat mendapati lima unit pasukan keselamatan Israel bertanggungjawab atas pencabulan hak asasi manusia, pada Isnin.
Israel bunuh 40 rakyat Palestin ketika rundingan gencatan senjata bermula
Serangan udara Israel membunuh sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin pada Isnin.
A.S, Britain gesa Hamas terima cadangan gencatan senjata Israel
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken menggesa Pejuang Hamas untuk segera menerima cadangan Israel untuk gencatan senjata dalam perang Gaza dan pembebasan tebusan Israel yang ditahan.
Gencatan senjata sepenuhnya perlu dilakukan
Israel perlu bersetuju untuk menghentikan peperangan dan solusi yang dipersetujui oleh banyak pihak termasuk penyelesaian dua negara.
India rampas kapal bawa dadah bernilai AS$71 juta
Pihak berkuasa India turut menangkap 14 warganegara Pakistan dalam serbuan berkenaan.
Perkhidmatan feri percuma bagi pengunjung Program MADANI Rakyat Zon Utara
Perkhidmatan feri Pulau Pinang secara percuma disediakan bagi pengunjung PMR Zon Utara yang akan diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibong di sini selama tiga hari bermula Jumaat ini.
Qatar nantikan kata putus Malaysia dalam pelaburan Baladna
Lawatan keempat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Arab Saudi sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) antara lain turut memberi penekanan dalam sektor agrikultur dan sekuriti makanan. Misi ini jelas serentak dengan tema forum ini iaitu 'Kerjasama Global, Pertumbuhan dan Tenaga untuk Pembangunan' yang mana Datuk Seri Anwar berkesempatan berbincang dengan Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani mengenai hasrat pelaburan ladang tenusu terbesarnya, Baladna dikomersialkan di Malaysia.
Nahas helikopter Lumut: Mindef pertimbang keperluan teliti SOP latihan udara - Mohamed Khaled
Mindef akan mempertimbangkan keperluan untuk meneliti semula SOP latihan udara membentuk formasi penerbangan lintas hormat bagi mengelak tragedi.
Peniaga bazar perlu jujur menjual juadah, jaga keberkatan Ramadan
Pernah atau tidak anda membeli makanan basi, atau tertipu dengan imej makanan yang tidak sama dengan dihidangkan di bazar Ramadan?
Laporan siasatan angggota bomba lemas siap lagi dua minggu
Laporan siasatan insiden seorang anggota bomba lemas ketika menyelenggara bot di Jeti Pangkalan Marin JBPM Mak Mandin pada 22 Feb lepas, akan diperoleh dalam tempoh dua minggu.
Jabatan Patologi Hospital di Johor tetapkan SOP lebih ketat, elak rasuah
Hanya segelintir kakitangan Jabatan Patologi termasuk ahli patologi dan pembantu makmal yang sedang disiasat berhubung kes rasuah.
Melaka akan perkenal garis panduan, SOP atasi masalah kekurangan beras tempatan
Ia bagi menyelaraskan semua data bekalan beras tempatan yang akan ke Melaka dan di mana ia diedarkan.
SOP REE yang akan dikeluarkan dapat atasi masalah kecurian - Sanusi
Sanusi berkata prosedur operasi standard (SOP) melibatkan unsur nadir bumi (REE) yang akan dikeluarkan kerajaan dapat mengatasi kecurian hasil mineral itu di seluruh negara.
PRN: KKM syor guna pakai SOP kesihatan pilihan raya sedia ada
Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengesyorkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengguna pakai prosedur operasi standard (SOP) kesihatan pilihan raya sedia pada Pilihan Raya Negeri (PRN).
Langkah kerajaan kemas kini SOP COVID-19 praktikal - Pakar
Langkah berkenaan juga tepat, susulan pengisytiharan WHO bahawa COVID-19 tidak lagi dikategorikan sebagai kecemasan kesihatan global.
Pelitup muka tak wajib, tapi digalakkan ketika di hospital, pengangkutan awam
Tempoh pengasingan kes disahkan COVID-19 pula dipendekkan daripada tujuh kepada lima hari dari onset gejala pertama, juga berkuat kuasa 5 Julai ini.
Jabatan Perhilitan Selangor nafi zalim, ikut SOP tangkap kera
Perhilitan Selangor nafi laporan yang mendakwa terdapat unsur kezaliman berkaitan pengurusan kawalan konflik kera di Apartment Sunway, Batu Caves.