KUALA LUMPUR:Sebanyak 13,977 tapak bina diperiksa anggota penguatkuasa Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) bagi tempoh 20 April sehingga 18 Disember lalu.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jumlah pemeriksaan itu melibatkan 7,996 tapak binaan di seluruh negara.

Berikut merupakan lima perkara utama kenyataan media Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini:

1) Semalam (Jumaat, 18 Disember), anggota penguat kuasa telah membuat pemeriksaan di 12 tapak binaan di seluruh Malaysia dan kesemua 12 tapak binaan mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

2) Secara keseluruhan bekalan barangan keperluan mencukupi dan mampu menampung keperluan dalam negara yang berterusan dan mudah diperolehi.

3) Op Benteng menahan 46 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan 2 tekong, serta merampas 8 kenderaan darat. Sebanyak 118 Sekatan Jalan Raya (SJR) dilaksanakan semalam.

4) PDRM telah menahan 249 individu atas kesalahan ingkar arahan PKP. Daripada jumlah itu, 248 telah dikompaun dan 1 direman.

5) Sebanyak 14,600 premis telah disanitasi yang terdiri daripada 2,921 pusat perniagaan, 1,690 kawasan perumahan termasuk PPR, 2,905 tempat awam, 357 pasar raya dan 6,727 bangunan kerajaan.